Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan The China Securities Regulatory Commission (CSRC) Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU)

Beijing, 18 April 1997

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan The China Securities Regulatory Commission (CSRC) hari ini mengisytiharkan bantuan bersama dan kerjasama mereka dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) yang mengizinkan kerjasama antarabangsa diantara dua badan berkuasa pengawalselia.

MOU tersebut ditandatangani oleh Mr. Zhou Daojiong, Pengerusi The China Securities Regulatory Commission dan Dato' Dr. Mohd Munir Abdul Majid, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Dato' Munir berkata MOU tersebut ditandatangani oleh dua badan pengawalselia sebagai langkah jangkaan untuk memenuhi keperluan pelabur menglangkaui sempadan Malaysia dan China.

"Kita sebagai pengawalselia harus bekerjasama bagi memastikan bahawa adanya perlindungan yang sempurna untuk pelaburan ini," kata beliau.

MOU ini mengesahkan keperluan dan memperkukuhkan hubungan kerja yang sedia ada diantara pengawalselia Malaysia dan China. Ia mewujudkan satu rangkakerja bagi peruntukan bantuan, pertukaran maklumat dan bantuan siasatan bersama, setakat yang diizinkan oleh undang-undang negara berkenaan, bagi tujuan melindungi para pelabur.

Dalam pelanjutan objektif ini, kedua-dua pengawalselia akan berusaha menyediakan diantara satu sama lain, di mana atau bila-bila masa perlu, bagi memudahkan pentadbiran dan penguatkuasaan yang berkesan terhadap undang-undang negara berkenaan, pengawalan, peraturan, garis panduan, prosedur dan amalan-amalan berkaitan industri sekuriti masing-masing.

Mr. Zhou berkata China sudah pun dalam proses menstandardkan cara ianya mengawal pasaran sekuriti dan niaga hadapan dan berharap dapat menafaatkannya dari pertukaran maklumat dan kerjasama dengan rakan pengawal sejawat dari International Organisation of Securities Commissions (IOSCO). Beliau menyebut Malaysia sebagai salah satu negara di mana CSRC akan dapat mempelajari sesuatu.

"Sebagai negara yang baru muncul dalam pasaran modal, Malaysia mempunyai banyak pengalaman dalam pembangunan pasaran sekuriti dan niaga hadapan," kata Mr Zhou.

Pengerusi CSRC itu juga menekankan sebagai negara yang sedang membangun, China dan Malaysia mempunyai persahabatan yang lama wujud dan sejak akhir-akhir ini ekonomi dan perdagangan mereka menjadi bertambah rapat.

"Dengan menandatangani MOU tersebut ianya akan mewujudkan saluran komunikasi dan mengorak satu fasa kerjasama yang baru didalam pasaran sekuriti dan niaga hadapan kedua-dua negara," kata Mr. Zhou.

Dato' Munir menambah bahawa Malaysia adalah negara ASEAN yang pertama mengorak perhubungan diplomatik dengan China dan adalah sesuai diberi perhatian bahawa syarikat-syarikat Malaysia adalah yang paling awal melabur langsung di China. Manakala pelaburan langsung meningkat, beliau mencatatkan pelaburan portfolio masih ditahap embroinik.

"Kita telah memerhatikan, dari jauh, dan dengan penuh kagum, pertumbuhan pesat pasaran modal China dibawah bimbingan CSRC. Kami percaya, pada satu masa nanti, aliran portfolio itu akan mengikuti dimana pelaburan langsung sudah pun marak menjejaki."

"Pelabur di Malaysia mungkin berhajat untuk mempelbagaikan portfolio mereka dengan memasuki sekuriti yang diterbitkan di China, dan sebaliknya dengan para pelabur China yang inginkan peluang baru didalam pasaran modal kita," kata Dato' Munir.

Majlis menandatangani itu disaksikan oleh perwakilan yang menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian Asia-Pacific IOSCO serta Mesyuarat Ketua Penguatkuasa yang diadakan di Beijing.

SC sudahpun menandatangani MOU dengan rakan sejawatnya di Indonesia, Hong Kong dan Thailand sementara CSRC pula dengan Hong Kong, America Syarikat, Jepun, UK, Singapura dan Australia.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup