Seminar itu bertujuan mendidik para pelabur serta pemegang saham syarikat awam tersenarai mengenai hak dan tanggungjawab mereka apabila melabur dalam pasaran modal.
Para peserta akan diberikan penjelasan mengenai undang-undang dan peraturan yang mentadbir industri sekuriti dan tanggungjawab mereka sebagai pemegang saham untuk menggalakkan tadbir urus korporat dalam syarikat yang mereka laburi.
“Pelabur yang berpengetahuan dan bermaklumat memainkan peranan penting dalam meningkatkan standard tadbir urus korporat di negara ini,” kata Puan Teh Ija Mohd Jalil, Pengurus SIDC.
“Pelabur akan lebih berkeyakinan untuk mengambil bahagian dalam pasaran modal dengan memiliki lebih pengetahunan dan kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab mereka,” kata beliau.
Tajuk yang akan dibentangkan di seminar itu merangkumi hak dan tanggungjawab pemegang saham, asas undang-undang kontrak berkenaan tanggungjawab dan pelaporan statutori seseorang pemegang saham.
Seminar tersebut akan dikendalikan oleh Encik Bobby Chew, Pengurus, Jabatan Hal Ehwal Undang-undang TA Securities Berhad. Para pelabur, professional pasaran modal, wakil peniaga, ahli akademik dan pelajar universiti adalah digalakkan untuk menghadiri seminar ini. Seminar itu juga memberikan 10 mata CPE, yang boleh dikumpulkan oleh wakil peniaga bagi pembaharuan lessen tahun ini.
Yuran pendaftaran ialah RM180.00 setiap seorang. Bagi maklumat lanjut sila hubungi En. Noorhadi di talian: 03-6204 8660, faks: 03-6201 5811 atau e-mel kepada
[email protected].