Tambahan lagi, sebarang cadangan korporat baru yang dikemukakan kepada SC oleh syarikat sedemikian mesti memasukkan cadangan bahawa ia akan meningkatkan modal berbayar kepada tahap minimum. Cadangan-cadangan yang tidak mengemukakan isu saiz modal minimum tidak akan dipertimbangkan.
Syarikat yang ketidakcukupan modal juga diingatkan supaya mematuhi tarikh akhir bagi pematuhan, yang telah dilanjutkan dari 30 April 2002 kepada 31 Disember 2002. Sekuriti syarikat tersenarai yang gagal memenuhi keperluan modal berbayar minimum sebelum tarikh akhir yang dilanjutkan akan dikenakan halangan dagangan (bayaran penuh sebelum belian). Halangan dagangan ini akan hanya ditarik balik apabila syarikat tersebut telah mematuhi sepenuhnya keperluan modal berbayar minimum.
SC juga akan mengambil langkah lain selepas tamat tarikh akhir yang dilanjutkan, seperti penggantungan daripada dagangan, sekiranya syarikat ini masih gagal menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh dan komited untuk meningkatkan modal berbayar mereka ke tahap yang dikehendaki.
Keperluan modal berbayar sebanyak RM60 juta dan RM40 juta masing-masing bagi Papan Utama dan Papan Kedua telah diperkenalkan oleh SC pada awal 1999 untuk meningkatkan apungan bebas dan kecairan saham syarikat tersenarai di BSKL. Syarikat tersenarai yang pada awalnya diberikan tempoh masa tiga tahun sehingga akhir April 2002 untuk mematuhi keperluan modal saham minimum. Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2002 bahawa tarikh akhir bagi syarikat tersenarai di Papan Utama dan Papan Kedua bursa saham untuk meningkatkan modal berbayar mereka kepada tahap minimum telah dilanjutkan dari April 2002 hingga Disember 2002.
Sehingga 13 November 2001, kira-kira 12% daripada 516 syarikat tersenarai di Papan Utama dan 57% daripada 293 syarikat tersenarai di Papan Kedua masih belum mencapai modal berbayar minimum yang diperlukan. Senarai penuh syarikat ketidakcukupan modal ini disediakan dalam Lampiran.