Sidang Meja Bulat Kewangan Islam membincangkan `Kebaikan Umum’
14 Mac 2011   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Pusat Oxford bagi Pengajian Islam (OCIS) – sebuah pusat bebas yang diiktiraf University of Oxford, memulakan Sidang Meja Bulat tertutup mengenai Kewangan Islam selama dua hari di Ditchley Park, Oxfordshire pada 12 dan 13 Mac 2011.

Sidang Meja Bulat tersebut merupakan kerjasama antara SC dan OCIS yang bermula dua tahun lalu. Sidang Meja Bulat dan Forum pertama kali diadakan pada 15 dan 16 Mac 2010, di Kuala Lumpur. Objektif kerjasama tersebut adalah untuk memudahcarakan perdebatan para ilmuan dan peningkatan tahap penyelidikan mengenai isu-isu topikal kewangan Islam.

Bertemakan “Kewangan Islam dan Kebaikan Umum”, sekumpulan pengamal industri utama, para akademik kanan, ulama Syariah, penetap standard dan pengawal selia yang terpilih dari serata dunia berkumpul untuk membincangkan tiga topik, iaitu “Syariah, Kewangan dan Kebaikan Umum”; “Syariah, Keperluan kepada Undang-undang dan Kebolehlaksanaan Kontrak Kewangan”; dan “Mewujudkan Struktur Pemboleh Korporat bagi Kewangan Islam dan Etika”.

“Kebaikan umum merupakan satu konsep yang sama bagi kedua-dua kewangan konvensional dan Islam. Nilai-nilai yang diutarakan oleh Syariah adalah tidak terhad kepada aspek teknikal terperinci urus niaga, tetapi juga merangkumi objektif yang hendak dicapai oleh Syariah. Sekiranya setiap aspek kewangan Islam adalah tertakluk kepada ujian kebaikan umum, tiada kesan negatif akan timbul. Begitu juga, sekiranya semua produk kewangan konvensional tertakluk kepada ujian kebaikan umum, kesan teruk krisis baru-baru ini boleh dielakkan; dan sistem kewangan akan menepati tujuan sebenarnya – sebagai enjin yang menggerakkan dan menyokong ekonomi sebenar”, kata DYTM Dr Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak dan Duta Kewangan kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia, yang merasmikan Sidang Meja Bulat tersebut.

Menurut Tan Sri Zarinah Anwar, Pengerusi SC, “kebaikan kewangan Islam perlu dirungkai lagi. Kebaikan umum, etika, nilai-nilai yang dikongsi, tadbir urus, sumbangan sebenar dan nyata kepada ekonomi merupakan kunci kepada inovasi dan pertumbuhan. Keuntungan yang melibatkan tujuan dan objektif sosial yang lebih tinggi mewakili nilai-nilai yang bukan sahaja memberikan pulangan ekonomi, tetapi juga mematuhi standard etika sejagat. Mengadakan semua ini akan memperkukuh sifat kesejagatan dan kebolehterimaan kewangan Islam, membolehkannya menawarkan cadangan nilai yang tersendiri.”

Sebagai menandakan manfaat yang berjaya diperoleh daripada Sidang Meja Bulat ini, Pengarah OCIS, Dr Farhan Nizami dalam ucapan penutupnya mengumumkan OCIS akan menyediakan sarjana rasmi secara tetap bagi menggalakkan penyelidikan dan usaha pembangunan yang berterusan yang banyak ditekankan oleh peserta Sidang Meja Bulat. Ini akan memudahcarakan interaksi dan komunikasi antara pelbagai pihak berkepentingan dalam kewangan Islam pada masa hadapan.

Bersempena dengan Sidang Meja Bulat ke-2 tersebut, satu majlis makan malam sebelum acara bagi jalinan kerja telah diadakan di London yang dihadiri oleh 150 ahli berpengaruh dalam masyarakat Kewangan Islam antarabangsa. Majlis makan malam tersebut juga telah dirasmikan oleh DYTM Raja Nazrin Shah yang menyampaikan ucapan khas.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup