SIDC Melancarkan Pertandingan I-FiLM Bagi Menggalakkan Celik Kewangan Penuntut Universiti
29 Disember 2011   |   Kuala Lumpur
Securities Industry Development Corporation (SIDC), yang merupakan cabang latihan dan pendidikan bagi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, mempelawa para pelajar kolej dan universiti di seluruh negara untuk menyertai Pertandingan Filem Celik Kewangan Antara Universiti (I-FiLM), yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM3,000.

Terbuka kepada semua pelajar kolej dan universiti yang mempunyai minat dalam jaringan sosial, pertandingan ini bertujuan menilai kebolehan pelajar dalam menggalakkan secara kreatif konsep pengurusan kewangan dan pelaburan bagi masa hadapan di kalangan teman sebaya mereka.

Untuk menyertai pertandingan tersebut, para pelajar perlu menerbitkan sebuah video asal mengenai pengurusan kewangan atau pelaburan bijak dalam format yang berimaginatif dan menghiburkan seperti video musik, animasi, filem pendek atau pengumuman khidmat awam. Butiran mengenai penyertaan dan syarat-syarat pertandingan boleh didapati di laman web Pelabur Malaysia, www.min.com.my.

I-FiLM merupakan antara usaha inovasi SIDC bagi mewujudkan pelabur yang bermaklumat dan bijak dalam pasaran modal melalui pendidikan pelaburan berkualiti bagi orang ramai di Malaysia. Satu lagi pertandingan celik kewangan yang mendapat sambutan menggalakkan yang dianjurkan oleh SIDC dalam tahun 2011 ialah Pertandingan Kuiz Antara Sekolah Peringkat Kebangsaan Dalam Talian ‘Kids & Cash’, yang disertai oleh 2,116 sekolah rendah di seluruh Malaysia.

Selain itu, SIDC telah meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pelaburan bijak dan pengurusan kewangan melalui seminar dan bengkel pendidikan pelabur yang ditujukan untuk pelbagai peringkat masyarakat, seperti kanak-kanak sekolah, pelajar universiti, ibu bapa, kaum wanita dan juga pekerja kolar putih dan kolar biru. Tahun ini, program celik kewangannya telah memberikan manfaat kepada 47,548 peserta di seluruh negara.

Tarikh tutup pertandingan i-FiLM ialah pada 11 Februari 2012 dan pemenang alan diumumkan pada 17 Februari 2012. Maklumat lanjut pertandingan tersebut boleh didapati di laman web Pelabur Malaysia di www.min.com.my dan di facebook SIDC di www.facebook.com/BMWSIDC.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup