Suruhanjaya Sekuriti - bangunan baru paling efisien tenaga di ASEAN

Kuala Lumpur, 5 Julai 2001

Bangunan Suruhanjaya Sekuriti telah diumumkan sebagai bangunan baru paling efisien dalam penggunaan tenaga di Anugerah Tenaga ASEAN bagi Bangunan Efisien Tenaga (AEA) 2001. Majlis penyampaian anugerah tersebut diadakan di Brunei Darussalam semalam, sempena Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ke-19 di Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN.

Bangunan Suruhanjaya mengalahkan lima saingan lain untuk meraih hadiah pertama sebagai bangunan paling efisien dalam penggunaan tenaga dalam kategori `bangunan baru dan sedia ada'.

Pencalonan lain dalam kategori ini ialah Bangunan Urban Redevelopment Authority (URA), Singapura; Plaza Bank International Indonesia Tower II, Indonesia; Sutera Habour Resort, Malaysia; Bangunan Imigresen dan Pendaftaran, Singapura; dan Hotel Hanoi Daewoo, Vietnam.

Bangunan Suruhanjaya Sekuriti, yang menempatkan pejabat suruhanjaya dan bahagian latihannya, Pusat Perkembangan Industri Sekuriti, terletak di persekitaran indah Bukit Kiara di Kuala Lumpur. Ia disiapkan pada Februari 1999 dan merupakan satu contoh bangunan berteknologi tinggi dan efisien tenaga yang dihasilkan oleh Malaysia. Jumlah keluasan bangunan adalah kira-kira 1 juta kaki persegi.

Antara ciri-ciri inovatif dan efisien tenaga bangunan Suruhanjaya ialah fasad `thermal flue' dua lapisan kaca, bumbung kaca atrium, pemasangan lampu jimat tenaga dan sistem pendingin udara di bawah lantai.

Fasad serombong haba merupakan fasad permukaan dua lapis dengan ruang udara selebar 1.2 meter yang berfungsi sebagai laluan penyelenggaraan serba guna, ruang alih udara dan zon penampan akustik. Laluan tersebut dilengkapi dengan panel tingkap kecil kekal untuk menyediakan lindungan sinaran suria melintang kepada ruang pejabat.

Struktur atap yang tergantung melindungi bangunan daripada cahaya matahari secara terus. Bidai penggulung automatik dilengkapi dengan alat mengesan cahaya matahari yang menyelaras kedudukannya bagi mendapatkan keseimbangan antara kepanasan cahaya matahari yang diterima dan cahaya semula jadi bagi keselesaan dan keberkesanan tenaga. Penggunaan kaca berkualiti, serombong haba, unjuran bumbung, tingkap kecil melintang dan membujur serta bidai penggulung automatik menyumbang kepada nilai pemindahan haba menyeluruh (OTTV) terbaik sebanyak 35W/meter persegi berbanding 45W/meter persegi dalam bangunan kaca konvensional.

Di dalam bangunan tersebut, sebuah atrium yang luas bertindak sebagai taman dalam yang membenarkan cahaya semula jadi ditapis melalui bumbung kacanya. Dengan itu, kemasukan cahaya siang hari ke dalam ruang pejabat boleh dimaksimumkan dari kedua-dua belah pejabat yang menyumbang kepada objektif efisien tenaga.

Mengelilingi tapak bangunan itu ialah medan landskap kejur berair dua tingkat yang membawa cahaya matahari ke bahagian aras bawah tanah yang terletak di sebelah bawah bahagian aras tanah.

Bangunan Suruhanjaya Sekuriti merupakan yang pertama di Malaysia yang menggunakan sistem pendingin udara tanpa sesalur, yang mempunyai plenum lantai terangkat dan plenum siling bagi bekalan dan pengembalian udara. Sistem sedemikian membolehkan penjimatan tenaga sehingga 15%.

Sebagai tambahan, bagi kawasan atrium, satu sistem pengubahan tahap rendah bagi pendingin udara telah digunakan yang mana udara sejuk dikeluarkan di aras tanah dan dikitar semula di lantai atas. Hasilnya, hanya zon yang dihuni didingin udarakan manakala udara panas dibenarkan bersusun lapis di zon atas yang tidak dihuni. Kipas yang dikawal termostat diletakkan di bahagian atas atrium mengeluarkan udara panas. Penjimatan tenaga sehingga 40% diperoleh daripada sistem ini berbanding sistem konvensional yang digunakan secara meluas untuk mendingin udara atrium yang serupa.

AEA merupakan kerjasama antara Subsektor Rangkaian Efisien dan Penjimatan Tenaga Kerjasama Tenaga ASEAN dan Pusat bagi Tenaga ASEAN (ACE) yang bertujuan menggalakkan kerjasama serantau dalam pelbagai bidang tenaga seperti efisien dan penjimatan tenaga.

Pertandingan tersebut diadili oleh sebuah lembaga yang mengandungi 10 ahli yang terdiri daripada arkitek dan jurutera elektrik profesional yang dilantik dari semua negara ASEAN.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup