Page 15 - AOB 2018 (BM)
P. 15
LEMBAGA
PEMANTAUAN
AUDIT
LAPORAN
TAHUNAN
2018
Lanjutan daripada semakan tersebut, yang menggabungkan input daripada profesion audit, AOB
mengumumkan Kriteria Baharu Pendaftaran dengan AOB di Perbincangan Tahunan AOB bersama
Juruaudit PIE dan Kumpulan Wang Jadual pada 16 Ogos 2018. Untuk menangani perkara berbangkit
di atas, kriteria di bawah dirancang khas untuk membolehkan firma audit di Malaysia untuk terus
berkembang dan meningkatkan kapasiti mereka untuk tujuan mengukuhkan kualiti audit dan mencapai
hasil yang diinginkan:
Penambahbaikan kapasiti dalaman firma audit
Minimum tiga orang rakan kongsi audit dalam firma tersebut mesti berdaftar
dengan AOB bagi pengauditan PIE dan kumpulan wang jadual
Pengukuhan tadbir urus firma audit berkaitan dengan
rakan kongsi auditnya
Sesebuah firma audit yang berdaftar dengan AOB harus memastikan bahawa semua
rakan kongsi auditnya yang berdaftar dengan AOB berkhidmat untuk satu
firma audit sahaja pada setiap masa. Individu yang memohon untuk berdaftar
dengan AOB mestilah seorang rakan kongsi audit yang berkhidmat untuk satu firma
audit sahaja, kecuali setelah mendapat pengecualian daripada AOB
Peningkatan kebertanggungjawaban
firma audit terhadap proses EQCR
EQCR pengauditan PIE atau kumpulan wang jadual mesti dijalankan oleh rakan
kongsi yang berdaftar dengan AOB dari firma audit yang sama yang dilantik
sebagai juruaudit PIE atau kumpulan wang jadual tersebut
Penglibatan berterusan dalam pelanggan audit
PIE atau kumpulan wang jadual
Pendaftaran berterusan sesebuah firma audit dengan AOB adalah tertakluk
kepada firma audit tersebut mempunyai sekurang-kurangnya satu pelanggan
audit PIE atau kumpulan wang jadual dalam tempoh 24 bulan yang lepas
BAHAGIAN SATU MEMUPUK PENGAUDITAN BEBAS BERKUALITI TINGGI DALAM PASARAN MODAL | 13
LT AOB BHG 1.indd 13 10/04/2019 4:41 PM

