Page 18 - AOB 2018 (BM)
P. 18
LEMBAGA
PEMANTAUAN
AUDIT
LAPORAN
TAHUNAN
2018
KEPUTUSAN PENGUATKUASAAN YANG TERTUMPU DAN
BERKESAN
Buat kali pertama, pada 2018 AOB telah mengenakan sekatan terhadap juruaudit kerana gagal menjalankan
tugas mereka sebagai rakan kongsi EQCR dengan berkesan dan AOB juga menarik balik pengiktirafan firma
audit dan juruaudit individu asing.
Rakan kongsi EQCR memainkan peranan penting dalam proses kawalan kualiti sesuatu pengauditan dan
juga kunci untuk menjaga kualiti audit. Tindakan ke atas rakan kongsi EQCR mengukuhkan tanggungjawab
pengawasan dalam sesuatu tugasan audit.
Tindakan penguatkuasaan yang dikenakan oleh AOB sepadan dengan sifat dan tahap keseriusan kesalahan.
AOB mengenakan tindakan yang lebih tegas dalam kes-kes melibatkan pelbagai kegagalan untuk
melaksanakan prosedur audit, kegagalan dalam hal audit utama, kegagalan untuk bekerjasama, serta
menyediakan maklumat yang benar dan tepat pada masanya kepada SC, kegagalan untuk kekal layak dan
sesuai dan kegagalan mematuhi piawaian etika.
Dalam menentukan tindakan penguatkuasaan yang sesuai, AOB mempertimbangkan hasil yang ingin
dicapai. Untuk mengurangkan risiko kegagalan kepada pasaran modal di masa hadapan, AOB mengenakan
sekatan terhadap juruaudit dan firma audit berdaftar daripada mengaudit sebarang PIE atau kumpulan wang
jadual dan/atau menerima mana-mana PIE dan kumpulan wang jadual sebagai pelanggan. Ini termasuk
situasi di mana AOB mendapati firma audit dan/atau juruaudit kekurangan kapasiti dan keupayaan yang
mungkin memberi kesan kepada kualiti pengauditan PIE dan kumpulan wang jadual. Tempoh sekatan
ditentukan oleh AOB setelah mempertimbangkan fakta kes tersebut.
Penalti kewangan dikenakan sebagai langkah pencegahan dan memberi isyarat tegas kepada juruaudit dan
pihak berkepentingan kesalahan tidak mematuhi piawaian pengauditan, undang-undang dan peraturan
adalah dianggap serius oleh AOB.
Diagram 4
Tindakan Penguatkuasaan pada 2018
1 2 6* 5 #
Pembatalan Penarikan Sekatan Celaan
Pendaftaran pengiktirafan
Bilangan Tindakan 14
Penguatkuasaan pada 2018
Nota: *Daripada 6 Sekatan, 4 termasuk penalti kewangan berjumlah RM475,000.
# Daripada 5 Celaan, 1 termasuk penalti kewangan sebanyak RM225,000.
16 | BAHAGIAN SATU MEMUPUK PENGAUDITAN BEBAS BERKUALITI TINGGI DALAM PASARAN MODAL
LT AOB BHG 1.indd 16 10/04/2019 4:41 PM

