Page 17 - AOB 2018 (BM)
P. 17
LEMBAGA
PEMANTAUAN
AUDIT
LAPORAN
TAHUNAN
2018
Sorotan Pemeriksaan 2018
• Menjalankan pemeriksaan lazim dengan tumpuan kepada trend ekonomi, kebimbangan pasaran
dan perkembangan dalam bidang audit, perakaunan dan pengawalseliaan berikut:
– Pelaksanaan tahun kedua Piawaian Pelaporan Juruaudit yang Baharu dan Disemak Semula
yang berkuat kuasa untuk audit bagi tahun penyata kewangan berakhir pada atau selepas
15 Disember 2016;
– PIE yang menghadapi isu usaha berterusan perniagaan; dan
– Penggunaan instrumen Analitik Data (DA) oleh Empat Firma Audit Besar.
• Meningkatkan bilangan pemeriksaan khas sebagai maklum balas terhadap risiko yang baru dikenal
pasti pada 2018.
• Tindakan yang dilaksanakan pada 2018 meliputi:
– Mengenakan syarat tambahan pendaftaran terhadap firma audit dan juruaudit individu yang
telah diperiksa sementara menunggu prosiding penguatkuasaan berakhir. Tindakan tegas
ini dilaksanakan buat kali pertama oleh AOB kerana pemerhatian pemeriksaan yang sangat
serius dan untuk mengurangkan risiko potensi kegagalan dan kesan kepada pasaran modal;
– Langkah pemulihan khusus dikenakan ke atas firma audit dan juruaudit individu tertentu yang
telah diperiksa; dan
– Merujuk firma audit dan juruaudit individu tertentu yang telah diperiksa termasuk rakan
kongsi EQCR kepada Jabatan Penguatkuasaan SC kerana hasil pemerhatian pemeriksaan yang
sangat serius.
• Penerbitan Laporan Pemeriksaan Tahunan AOB 2017 yang pertama dan seterusnya pengedaran
laporan tersebut kepada semua PLC dalam usaha untuk memudah cara dan meningkatkan
komunikasi dan pembabitan bersama antara Lembaga Pengarah dan / atau Jawatankuasa Audit
dengan juruaudit mereka. AOB amat menggalakkan lembaga pengarah dan jawatankuasa audit
mereka untuk memahami dan membincangkan pemerhatian dan trend yang dinyatakan dalam
laporan ini bersama dengan juruaudit masing-masing untuk memastikan bahawa bidang risiko
khusus kepada entitinya dapat ditangani dengan secukupnya.
BAHAGIAN SATU MEMUPUK PENGAUDITAN BEBAS BERKUALITI TINGGI DALAM PASARAN MODAL | 15
LT AOB BHG 1.indd 15 10/04/2019 4:41 PM

