Soalan Lazim Pasaran Modal yang Berkaitan Covid-19
Dikemas kini: 13 Januari 2021
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), sebagai pengawal selia pasaran modal kekal beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 13-26 Januari 2021.

Operasi dagangan dan pasaran kekal diteruskan, untuk memudahkan penerbit, peserta pasaran dan pelabur menguruskan risiko dan peluang mereka dalam tempoh ini. SC akan terus berwaspada dan akan terus memantau perkembangan berterusan untuk menguruskan risiko secara aktif di pasaran dan akan memperkenalkan langkah-langkah pencegahan tambahan yang sesuai, untuk mengekalkan integriti pasaran.

Untuk maklum balas dan maklumat, e-mel kepada [email protected]
  • Bahagian I: Dagangan dan Operasi Pasaran
    1. Adakah pasaran modal dibuka semasa PKP?
    • Ya, pasaran modal sebagai perkhidmatan kewangan yang penting, akan beroperasi seperti biasa untuk menyokong ekonomi, syarikat tersenarai dan pelabur, sepanjang PKP.
    • Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan semua pengantara pasaran modal termasuk Bursa Malaysia Bhd (Bursa) akan terus beroperasi seperti biasa tetapi semua penyediaan perkhidmatan dan pergerakan kakitangan akan diselaraskan agar mematuhi PKP.
    • Waktu dagangan bursa kekal sama, dari 9 pagi hingga 5 petang (waktu rehat tengah hari 12.30 malam hingga 2:30 petang) dari hari Isnin hingga Jumaat.
    • SC akan memantau rapi bursa, institusi dan pengantara pasaran modal dan aktiviti mereka, untuk memastikan mereka terus memudahcarakan aktiviti pasaran modal yang telus, adil dan teratur.
    Pautan berguna: Siaran media
    2. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pasaran terus beroperasi dengan cara yang adil dan teratur?
    • SC dan Bursa telah menyediakan langkah-langkah kesinambungan perniagaan, termasuk tapak operasi sokongan, kemudahan pemulihan dan saluran komunikasi alternatif untuk mengendalikan pasaran ketika situasi krisis.
    • Langkah-langkah pengurusan pasaran yang mantap (cth. pemutus litar pasaran, had harga statik dan dinamik) disediakan untuk menguruskan turun naik harga yang berlebihan.
    • Paras dana penjelasan, margin dan deposit yang mencukupi disediakan untuk memastikan risiko penjelasan dan penyelesaian diuruskan.
    • SC dan Bursa sedang memantau perkembangan yang sedang berlaku untuk mengurus risiko dalam pasaran secara proaktif dan akan memperkenalkan langkah berjaga-jaga tambahan yang wajar.
    3. Saya bekerja di sebuah syarikat pengantara. PKP menghendaki semua berada di rumah untuk mencegah penyebaran Covid-19. Bagaimanakah ini boleh dicapai jika pasaran kekal dibuka dan pengantara perlu beroperasi?
    • Semua pengantara pasaran modal mempunyai rangka kerja kesinambungan perniagaan untuk memastikan kesinambungan perniagaan mereka ketika krisis. Sebagai sebahagian daripada pelan tindak balas pandemik mereka, pengantara perlu melaksanakan langkah-langkah penjarakan sosial.
    • Pekerja dalam fungsi bukan kritikal dikehendaki bekerja dari rumah.
    • Hanya pekerja yang terlibat untuk menyokong perkhidmatan kewangan penting atau operasi kritikal yang diperlukan mungkin dikehendaki hadir secara fizikal di lokasi perniagaan.
    • Majikan juga boleh mempertimbangkan pasukan kerja pisah (split team) di mana beberapa pekerja akan bekerja dari pejabat sementara yang lain bekerja dari rumah untuk mengurangkan interaksi.
    • Selaras dengan keperluan PKP, kakitangan yang dikehendaki bekerja di pejabat hendaklah diberi surat pengesahan atau pas perjalanan kerja oleh majikan.
    4. Apakah skop penggantungan jualan singkat?
    • SC dan Bursa telah menggantung sementara jualan singkat sehingga 31 Disember 2020.
    • Penggantungan ini akan membabitkan jualan singkat intra hari (IDSS) dan jualan singkat yang dikawal selia (RSS), serta jualan singkat intra hari oleh pedagang harian prorietari.
    • Penggantungan ini tidak terpakai kepada jualan singkat yang dibenarkan (PSS), iaitu aktiviti jualan singkat bagi dana dagangan bursa (ETF). 
    5. Apakah SOP untuk peserta pasaran dapat beroperasi dengan kapasiti penuh?
    • SC, sebagai badan pengawalselia  pasaran modal, diberi kuasa untuk mengeluarkan surat pengesahan untuk Peserta Pasaran Modal (CMP) * untuk mempermudahkan pergerakan pekerja  dalam tempoh PKP.
    • Sila rujuk SOP di sini berkaitan dengan operasi dalam tempoh PKP (13-26 Januari 2021).
    • Untuk maklumat lanjut atau memohon surat pengesahan, CMP boleh menghantar pertanyaan dan permohonan mereka kepada [email protected].
  • Bahagian II: Langkah-langkah Bantuan Covid-19
    1. Apakah langkah-langkah bantuan bagi peserta pasaran modal semasa tempoh ini?
    • Untuk mengurangkan bebanan kos peserta pasaran modal, SC telah mengumumkan beberapa langkah bantuan pada 24 Mac 202 yang akan memberi manfaat segera kepada 231 entiti berlesen, 30 firma audit berdaftar dan 9,663 individu berlesen.
    • Langkah-langkah ini melengkapi inisiatif bantuan yang lebih meluas di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (ESP 2020) yang diumumkan oleh Kerajaan pada 27 Februari 2020.
    Bagi pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) dan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL)
    • Pengecualian fi pelesenan tahunan SC bagi 2020 kepada aktiviti teras yang dikawal selia1 semua entiti CMSL dengan Keuntungan Sebelum Cukai sebanyak RM5 juta atau kurang sepanjang Tahun Kewangan 2019.
      1. Entiti CMSL layak yang telah pun membuat bayaran sebelum pengumuman pad 24 Mac akan ditawarkan kredit yang akan ditolak daripada fi pelesenan pada tahun depan. Amaun ini akan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing dalam sistem Permohonan Pelesenan Elektronik (ELA) tetapi fi pemprosesan masih diguna pakai dan dikenakan.
    • Pengecualian fi pelesenan tahunan bagi Tahun 2020 bagi semua pemegang CMSL dan CMSRL individu.
      1. Pemegang CMSL dan CMSRL individu (termasuk Wakil Dagangan) yang telah membuat bayaran sebelum 24 Mac akan ditawarkan kredit yang akan ditolak daripada fi pelesenan pada tahun depan. Amaun ini akan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing dalam sistem Permohonan Pelesenan Elektronik (ELA) tetapi fi pemprosesan masih diguna pakai dan dikenakan.
    • Pengurangan keperluan Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) minimum daripada 20 mata CPE sekarang kepada 10 mata CPE berkuat kuasa 1 Julai 2020 bagi tempoh 12 bulan bagi semua pemegang CMSRL dan Pekerja Kepada Orang Berdaftar (ERP).
      1. Ini akan mengurangkan beban pemegang CMSRL dan ERP yang tarikh pembaharuan tahunan atau tempoh kitaran lesennya adalah antara 1 Julai 2020 dan 30 Jun 2021. Individu yang telah mengumpulkan lebih daripada 10 mata CPE sebelum tarikh pembaharuan tahunan lesen mereka pada separuh kedua tahun 2020, boleh membawa mata lebihan mereka untuk tempoh pembaharuan lesen seterusnya.

        Sebagai contoh, Individu A dan Individu B mempunyai tarikh pembaharuan lesen tahunan yang sama pada 15 Ogos 2020. Sehingga kini, Individu A telah mengumpul 5 mata CPE, manakala Individu B telah mengumpul 20 mata CPE. Individu A dikehendaki mengumpulkan baki 5 mata CPE sebelum tarikh pembaharuan lesennya. Individu B dibenarkan untuk membawa lebihan 10 mata CPEnya untuk tempoh pembaharuan atau kitaran lesen seterusnya.
      2. Pengantara berlesen dan orang berdaftar dikehendaki memantau dan memastikan bahawa wakil mereka mematuhi keperluan CPE.
    • Pengurangan keperluan latihan minimum kepada tiga hari daripada lima hari semasa, berkuat kuasa 1 Julai 2020 bagi tempoh 12 bulan kepada Wakil Dagangan dan Wakil Pemasaran.
    Bagi Syarikat Awam Tersenarai (PLC)
    • Pengecualian semua fi berkaitan penyenaraian bagi tempoh 12 bulan bagi syarikat dengan permodalan pasaran kurang daripada RM500 juta yang memohon penyenaraian di Pasaran Utama.
    • Pengecualian semua fi berkaitan penyenaraian bagi tempoh 12 bulan bagi syarikat yang memohon penyenaraian di Pasaran LEAP dan ACE.
    Sila rujuk Pekeliling bertajukThe Economic Stimulus Package 2020 - Waiver of Fees and Charges yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia pada 3 Mac 2020 untuk butiran lanjut mengenai langkah-langkah ini.
    Bagi Lembaga Pemantauan Audit
    • Subsidi latihan satu kali bagi firma yang berdaftar dengan Lembaga Pemantauan Audit (AOB) yang mempunyai kurang daripada 10 rakan audit, sehingga RM30,000 bagi setiap firma untuk Program Latihan yang Diluluskan oleh Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).
    Bagi Organisasi yang Mengambil Bahagian/Broker
    • Kelonggaran pembiayaan margin bagi broker dan pelabur
      1. Berkuatkuasa 27 Mei hingga 30 September 2020, broker boleh mengikut budi bicara mereka, untuk tidak membuat panggilan margin atau mengenakan pengurangan ke atas mana-mana cagaran dan sekuriti yang dibeli dan dibawa ke dalam akaun margin.
      2. Sebelum ini, broker dikehendaki secara automatik mencairkan akaun margin pelanggan jika ekuiti di dalam akaun tersebut jatuh di bawah 130% daripada baki tertunggak. Broker boleh memanfaatkan kelonggaran dan pengubahsuaian ini dengan syarat mereka mematuhi nisbah kecukupan modal dan dana pemegang saham mereka seperti yang dikehendaki oleh Bursa Malaysia.
      3. Broker kini boleh menerima cagaran lain seperti bon, unit amanah, emas dan harta tak alih untuk mengekalkan akaun margin pelanggan mereka, dan membuat penilaian ke atas cagaran ini dengan sewajarnya.
    • Broker, peserta dagangan, peserta penjelasa dan ejen depositori yang dibenarkan adalah digalakkan untuk beroperasi dengan waktu khidmat kaunter yang lebih pendek bagi pelanggan mereka.
    1 Bagi entiti yang dilesenkan untuk lebih daripada satu aktiviti yang dikawal selia, aktiviti teras bermakna aktiviti yang menjadi perantara utama untuk dilesenkan.
    2. Apakah kelonggaran lain yang diberi kepada para pemegang lesen?
    • SC juga telah memperuntukkan beberapa bantuan pelaporan kawal selia kepada individu berleseen dan pihak berkepentingan lain yang telah dimaklumkan pada 20 Mac 2020 lalu. 
    • Butiran mengenai pelbagai bantuan tersebut boleh didapati melalui pautan di bawah.
    3. Bolehkah PLC mengadakan AGM mereka selepas tempoh enam bulan dari tarikh berakhirnya tahun kewangan mereka?
    • Susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 16 Mac 2020, PLC boleh memohon dengan SSM untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan mereka (AGM), melebihi tempoh 6 bulan yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam Akta Syarikat 2016
    • Di samping itu, SC telah memberikan pelanjutan tempoh 2 bulan bagi pengurus amanah hartanah (REIT) bagi REIT yang disenaraikan dengan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 untuk mengadakan AGM sebelum 30 Jun 2020.
    • Penerbit yang disenaraikan adalah diingatkan agar mematuhi kewajipan penzahiran yang berterusan di bawah Keperluan Penyenaraian termasuk kewajipan untuk membuat pengumuman segera mengenai mana-mana maklumat penting untuk memastikan para pemegang saham dan pelabur terus menerima maklumat tepat pada masanya.
    4. Bolehkah PLC menangguhkan pengumuman laporan suku tahun atau laporan tahunan mereka?
    • Para penerbit tersenarai diberi pelanjutan tempoh selama sebulan secara automatik untuk mengeluarkan laporan suku tahun dan laporan tahunan bagi Pasaran Utama dan Pasaran ACE, sertaa penyata kewangan teraudit separuh tahun dan tahunan bagi Pasaran LEAP, dengan tarikh akhir pengemukaan pada 31 Mac 2020 30 April 2020.
    • Maklumat lanjut mengenai pelanjutan tempoh tersebut boleh didapati dalam pengumuman pihak Bursa bertarikh 11 Mac 2020 dan 26 Mac 2020 di www.bursamalaysia.com
  • Bahagian III: Pelabur
    Umum
    1. Bolehkah saya membuka akaun pelaburan ketika PKP?
    • Ya, tetapi ini tertakluk kepada pelabur memenuhi semua kriteria kelayakan yang relevan, dan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh broker, peserta dagangan atau pengurus dana (Penyedia Perkhidmatan Pelaburan).
    • Penyedia Perkhidmatan Pelaburan tertentu mungkin telah mengaturkan kemudahan untuk membuka akaun secara talian.
    2. Bolehkah saya mengakses akaun CDS, Unit Amanah dan akaun pelaburan saya?
    • Ya, anda boleh mengakses akaun pelaburan anda seperti biasa, melalui saluran dalam talian atau digital yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan pelaburan anda.
    • Sila semak laman sesawang Penyedia Perkhidmatan Pelaburan anda atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai akaun anda.
    3. Adakah saya masih boleh mendapatkan maklumat terkini / penyata mengenai produk pelaburan saya sepert unit amanah, saham?
    • Syarikat pengurusan unit amanah tetap beroperasi sepenuhnya dan dijangka menyediakan perkhidmatan mereka seperti biasa.
    • Anda digalakkan untuk menghubungi syarikat pengurusan amanah anda sekiranya terdapat kelewatan dalam menerima penyata anda.
    4. Masih bolehkah saya berdagang produk pelaburan saya seperti biasa?
    • Ya, aktiviti dagangan terus seperti biasa semasa PKP.
    • Sila semak laman sesawang masing-masing atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan Penyedia Perkhidmatan Pelaburan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
    5. Bolehkah saya terus mengemukakan pertanyaan atau aduan kepada SC mengenai pelaburan saya dalam pasaran modal?
    • Perkhidmatan aduan secara bersemuka SC telah digantung buat sementara waktu disebabkan PKP. Walau bagaimanapun, orang ramai boleh terus mengemukakan pertanyaan atau aduan kepada kami di [email protected]. Pejabat Pengguna dan Pelabur SC akan terus memberi maklum balas kepada pertanyaan anda serta menjawab aduan yang telah difailkan.
    • Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi talian hotline kami di +603 6204 8999 (9.30pagi-5.30petang Isnin hingga Jumaat).
    • Sebarang pertanyaan umum boleh emel kepada [email protected] 
    6. Adakah SIDREC masih beroperasi dalam tempoh ini?
    • Ya, SIDREC masih beroperasi ketika ini walaupun perkhidmatan bersemuka telah digantung sejajar dengan penguatkuasaan PKP.
    • Pelabur dinasihatkan untuk menghubungi SIDREC melalui telefon di + 6016-620 5698 atau emel [email protected]
    7. Di mana saya boleh mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan pasaran modal, dan kesedaran mengenai anti-penipuan dalam tempoh ini?
    • SC, melalui inisiatif InvestSmart®, terus memberikan maklumat terkini dan maklum balas untuk memastikan para pelabur dimaklumkan dan dapat membuat keputusan pelaburan yang sesuai untuk mereka.
    • Untuk maklumat lanjut, anda boleh le laman sesawang www.investsmartSC.my, muat turun aplikasi mudah alih InvestSmart® atau ikuti InvestSmart® di Instagram, Facebook dan Twitter.
    • Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terhadap penipuan dan skim haram dalam tempoh yang sukar ini. Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang mungkin menunggu untuk mengambil kesempatan terhadap individu yang tidak peka. Sentiasa berurusan hanya dengan individu berlesen / berdaftar sebelum anda menguruskan wang anda untuk sebarang pembelian produk pasaran modal.
    Pautan berguna: Perlesenan
    Pengeluaran Pra-Persaraan PRS yang Dikecualikan daripada Penalti Cukai
    1. Siapakah yang layak memohon pengeluaran pra-persaraan dari sub-akaun B yang akan dikecualikan daripada penalti cukai?
    • Semua anggota PRS di bawah umur 55 tahun layak memohon pengeluaran ini.
    • Tiada sekatan bagi ahli berumur 55 tahun dan ke atas untuk membuat pengeluaran sebarang amaun dalam apa jua keadaan.
    2. Bilakah saya boleh mengemukakan permohonan untuk pengeluaran pra-persaraan dari sub-akaun B yang dikecualikan daripada penalti cukai 8%?
    • Ahli boleh mengemukakan permohonan mulai 30 April 2020 kepada Penyedia Perkhidmatan PRS mereka. Pengecualian denda cukai sementara berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2020
    3. Berapakah jumlah pengeluaran maksimum yang boleh dikeluarkan untuk pelepasan cukai sementara ini?
    • Ahli boleh memohon pengeluaran daripada satu atau lebih dana yang diuruskan oleh setiap Penyedia Perkhidmatan PRS sehingga jumlah maksimum RM1,500 dari satu Penyedia Perkhidmatan.
    • Untuk membantu penyumbang PRS, di bawah adalah senarai Penyedia PRS dan butiran hubungannya:
    Penyedia PRS Butiran untuk dihubungi
    Affin Hwang Asset Management Bhd

    Tel: 603 – 2116 6000
    E-mel: [email protected]
    WhatsApp: 012-6068685

    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd Tel: 603-2056 1027 & 603-2056 1026
    E-mel: [email protected] 
    AmFunds Management Bhd Tel: 603 – 2032 2888
    E-mel: [email protected] 
    Kenanga Investors Bhd Tel: 1-800-88-3737
    E-mel: [email protected] 
    Laman sesawang: www.kenangainvestors.com.my 
    Manulife Investment Management (M) Bhd
    (dulu dikenali sebagai Manulife Asset Management Services Bhd)
    Tel: 603-2719 9271
    E-mel: [email protected]
    Principal Asset Management Bhd
    (dulu dikenali sebagai CIMB-Principal Asset Management Bhd)
    Tel: 603 – 7718 3000
    Fax: 603 – 7718 3003
    E-mel: [email protected] 
    Laman sesawang: www.principal.com.my 
    Pusat Khidmat Pelanggan: 50,52 & 54 Jalan SS21/39 Damansara Utama
    47400 Petaling Jaya Selangor
    Public Mutual Bhd Hotline: 603 – 2022 5000
    E-mel: [email protected] 
    RHB Asset Management Sdn. Bhd Tel: 603 – 9205 8000
    Hotline: 1-800-88-3175
    E-mel: [email protected] 
    4. Berapa lamakah masa yang diambil untuk proses permohonan pengeluaran pra-persaraan PRS?
    • Permohonan pengeluaran pra-persaraan yang telah selesai akan diproses dalam tempoh 10 hari waktu niaga selepas Penyedia Perkhidmatan PRS menerima permohonan yang lengkap.
    5. Berapa kali pengeluaran yang boleh dilakukan dari setiap Penyedia Perkhidmatan PRS?
    • Ahli boleh melakukan pengeluaran dari setiap Penyedia Perkhidmatan PRS sepanjang tempoh pengecualian.
    6. Bolehkah saya memohon pengeluaran semua jumlah dalam sub akaun B dari satu atau lebih Penyedia Perkhidmatan PRS?
    • Ya, ahli boleh memohon pengeluaran semua amaun dari sub akaun B daripada satu atau lebih Penyedia Perkhidmatan PRS. Walaubagaimanapun, bagi pengeluaran melebihi RM1500, baki akan dikenakan cukai sebanyak 8%.
    Situasi
    Ahli mempunyai akaun PRS seperti berikut:

    Penyedia PRS

    Dana

    Jumlah dimiliki ahli dalam
    akaun B dana (RM)

    Bulan permohonan
    pengeluaran pra-persaraan

    Jumlah yang boleh dipohon
    ahli tanpa dikenakan penalti (RM)

    Penyedia PRS A

    Pertumbuhan

    500

    Mei 2020

    500

    Penyedia PRS B

    Islam

    2,000

    Disember 2020

    1,500

    Berdasarkan situasi ini, ahli dibenarkan mengeluarkan jumlah penuh dari sub-akaun B oleh Penyedia Perkhidmatan A kerana ia berada di bawah had jumlah RM1,500. Untuk pengeluaran dari Penyedia Perkhidmatan B, jika ahli mengeluarkan RM1,500, tiada penalti akan dikenakan sepanjang tempoh pengecualian. Pengeluaran tambahan sebanyak RM500 akan dikenakan penalti cukai 8% kerana ia melebihi had RM1,500 dari sub-akaun B.
    • Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi Penyedia Perkhidmatan PRS anda atau Pentadbir Pencen Swasta Malaysia di [email protected] atau hubungi 1300-131-772.
    7. Perlukan saya menyatakan sebab pengeluaran di bawah bantuan sementara ini?
    • Tidak, tiada keperluan bagi ahli untuk membuat pendedahan atas sebab-sebab pengeluaran pra-persaraan.
    • Walaupun pengecualian sementara dari pembayaran penalti dikenakan dalam jangka pendek, ahli digalakkan untuk terus menyimpan bagi persaraan mereka dalam jangka panjang.
  • Bahagian IV: Pengantara Pasaran Modal
    Cadangan korporat dan dana
    1. Bagaimanakah penerbit dan penasihat utama (PA) membuat pemfailan dokumen kawal selia yang perlu diberikan kepada SC seperti cadangan korporat, memorandum maklumat dan lain-lain?
    • Sepanjang tempoh PKP, semua penerbit dan PA dinasihatkan untuk membuat serahan dalam talian kepada SC.
    • Penyerahan Salinan Softcopy kepada Jabatan Ekuiti boleh difailkan melalui e-mel kepada [email protected] 
    • Penyerahan Salinan Hardcopy hendaklah dibuat kepada SC dalam tempoh 5 hari pasaran setelah PKP dibubarkan.
    • Permohonan yang dikemukakan secara elektronik ke Jabatan Skim Pelaburan Terurus yang lengkap akan diproses mengikut piagam masa yang sedia ada.
    2. Apakah status cadangan korporat dan dana? Adakah terdapat perubahan kepada piagam tempoh masa?
    • Tidak, tiada perubahan piagam tempoh masa. SC terus memproses semua cadangan korporat yang dikemukakan dan akan memberikan maklum balas kepada penasihat utama dalam jangka masa operasi yang ditetapkan.
    3. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat tentang perkara yang berkaitan dengan Skim Pelaburan Terurus?
    Unit Amanah & PRS
    1. Adakah saya masih dibenarkan untuk memasarkan dan mengedarkan unit amanah / PRS?
    • Ya. Pengantara masih dibenarkan untuk memasarkan dan mengedarkan produk mereka tetapi mereka dikehendaki mematuhi arahan PKP, terutama dengan pergerakan terhad individu dan arahan/nasihat lain yang berkaitan.
    • Pengedar hendaklah mencari alternatif lain tanpa bersemuka dalam berurusan dengan pelabur seperti panggilan telefon dan platform dalam talian, dan meningkatkan kesedaran para pelabur mengenai saluran alternatif yang telah sedia ada tersebut.
    Latihan dan peperiksaan
    2. Apakah jenis aturan kursus, Program Pengenalan dan Peperiksaan Pelesenan SC yang dijalankan oleh SIDC sepanjang tempoh PKP? Bolehkah saya mendapatkan bayaran balik?
    • Kursus, program pengenalan dan peperiksaan pelesenan SC yang dijalankan oleh SIDC semasa tempoh PKP sedang ditangguhkan.
    • SIDC akan menghubungi mereka yang telah berdaftar, untuk memaklumkan kepada mereka tentang penangguhan dan perubahan dalam jadual.
    • Tarikh baru akan diterbitkan di www.sidc.com.my sebaik sahaja PKP dibubarkan.
    • Peserta kursus dan calon peperiksaan akan dibenarkan untuk melunaskan bayaran yang telah dibayar ke tarikh yang akan datang tanpa sebarang penalti.
    • Peserta kursus juga berhak untuk membatalkan permohonan mereka dan SIDC akan mengaturkan bayaran balik berdasarkan permohonan tanpa sebarang penalti.
    • Bagi Peperiksaan Pelesenan SC, calon yang terlibat dibenarkan untuk menangguhkan peperiksaan tanpa dikenakan sebarang penalti. Begitu juga, bayaran balik boleh diuruskan berdasarkan permohonan tanpa dikenakan penalti. Sekretariat akan berhubung dengan calon yang berkenaan mengenai tarikh peperiksaan baru melalui e-mel. 
    • Sebarang pertanyaan boleh e-mel [email protected]
  • Bahagian V: Lain-lain
    1. Saya merupakan seorang saksi dalam salah satu kes SC. Adakah saya perlu hadir ke mahkamah walaupun dalam tempoh PKP?
    • Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan telah mengeluarkan surat pekeliling selaras dengan arahan PKP, bahawa semua pendengaran untuk perbicaraan sivil dan jenayah dari 18 Mac hingga 14 April 2020 akan ditangguhkan ke tarikh lain yang akan dimaklumkan. 
    • Walaubagaimanapun, pekeliling juga menjelaskan bahawa beberapa prosiding mahkamah atau pemfailan urusan kertas boleh diteruskan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh mahkamah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pekeliling yang berkaitan:
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup