Contoh-Contoh Transaksi Mencurigakan
Contoh-contoh transaksi mencurigakan adalah seperti senarai berikut. Senarai tersenarai sentiasa dikemas kini dan hanya menyediakan contoh kaedah yang mana wang boleh melalui proses pengubahan melalui pasaran modal.

Transaksi Luar Biasa
  1. Pembelian dan penjualan sekuriti tanpa tujuan yang jelas atau dalam situasi yang dianggap luar biasa.
  2. Transaksi bagi akaun dagangan yang tidak aktif menyerlah secara tiba-tiba tanpa sebab-sebah yang munasabah. 
  3. Kemasukan data bagi padanan jualan dan belian dalam sekuriti tertentu, yang mewujudkan dagangan yang tidak jelas. Dagangan tersebut tidak menunjukkan kedudukan pasaran yang sebenarnya dan 'menyembunyikan' aktiviti pengubahan wang haram. 
  4. Tempoh luar biasa pegangan sekuriti yang singkat. 
  5. Penjualan sekuriti yang kerap dengan kerugian yang ketara.
  6. Transaksi berstruktur bagi mengelakkan pegangan saham yang besar.
  7. Pemindahan dana serentak kepada kumpulan akaun pelanggan daripada pihak ketiga
    [Dikemas kini 21/4/2014]

Transaksi Tunai Besar
  1. Penyelesaian transaksi sekuriti dalam jumlah yang besar atau luar biasa dalam bentuk tunai.
  2. Membuka akaun dagangan dengan sejumlah wang tunai yang besar (melebihi RM50,000). 
  3. Memasukan sejumlah wang tunai ke dalam akaun margin pelanggan dan melalui slip kredit oleh pelanggan yang mana amaun bagi setiap deposit adalah tidak banyak, tetapi jumlah keseluruhannya adalah banyak.
  4. Memasukkan sejumlah wang tunai yang banyak ke dalam pelbagai akaun bank institusi pelapor pada hari yang sama
    [Dikemas kini 21/4/2014]

Transaksi Tidak Sepadan dengan Kedudukan Kewangan Pelanggan
  1. Pelanggan secara tiba-tiba membuat pelaburan dalam jumlah yang besar, walhal Institusi Pelapor tersebut mengetahui pelanggan tersebut tidak mempunyai keupayaan untuk berbuat sedemikian.
  2. Transaksi yang tidak boleh dipadankan dengan tahap pelaburan dan penndapatan pelanggan.
  3. Pemintaan oleh plenggan terhadap perkhidmatan pengurusan pelaburan (sama ada mata wang atau sekuriti asing) yang mana sumber dananya adalah tidak jelas atau tidak konsisten dengan kedudukan sebenar pelanggan.

Pergerakan Akaun yang Luar Biasa
  1. Dalam situasi di mana akaun berganda digunakan untuk memindahkan dana antara akaun dengan membuat pengimbangan kerugian dan keuntungan dalam akaun yang berbeza-beza.
  2. Arahan penyelesaian yang luar biasa termasuk pembayaran kepada pihak yang secara jelas tidak berkaitan
  3. Akaun bukan pemastautin yang sangat aktif dengan pemindahan dana berterusan kepada pusat kewangan luar pesisir.
  4. Pelanggan yang memberi kebenaran kepada pemindahan dana daripada akaunnya kepada akaun pelanggan lain.
  5. Pelanggan yang akaunnya menunjukkan pemindahan elektronik yang besar atau kerap dan amaun yang terbabit dikeluarkan dengan segera.
  6. Pelanggan yang akaunnya yang menunjukkan pergerakan dana yang aktif walaupun tahap transaksi dagangan yang rendah.

Tingkah Laku/Perilaku yang Mencurigakan
  1. Pelanggan yang amat sukar disahkan identitinya dan teragak-agak untuk memberikan butiran lanjut.
  2. Kumpulan pelanggan yang tidak berkaitan yang berkongsi alamat surat-menyurat yang sama.
  3. Pelanggan yang menunjukkan kerisauan yang luar biasa terhadap kerahsiaan, cth. dalam pengenalan pemilik benefisiari akaun, pekerjaan/perniagaan atau asetnya atau gagal untuk menyatakan sumber sah dana.

Berurusan dengan Bidang Kuasa Berisiko Tinggi
  1. Pelabur dari negara-negara di mana dadah dihasikan atau berlakunya aktiviti pengedaran dadah secara meluas.
  2. Dana dikreditkan ke dalam akaun pelanggan dari atau kepada negara-negara yang terbabit dengan penghasilan, pemprosesan atau pemasaran bahan narkotik atau dadah terlarang yang lain; atau perlakuan jenayah lain; atau pemindahan secara elektronik kepada atau dari perbankan negara yang melindungi kerahsiaan atau negara yang dikenali umum dengan aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas.

Tingkah Laku/Perilaku Mencurigakan oleh Kakitangan Institusi Pelapor
  1. Terdapat situasi di mana pengubahan wang haram yang membabitkan kakitangan Institusi Pelapor. Oleh itu, sekiranya wujud perubahan dalam ciri-ciri kakitangan tersebut, cth. gaya hidup mewah, peningkatan dalam prestasi secara mendadak, dsb, Institusi Pelapor hendaklah memantau situasi berkenaan.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup