- Untuk mempertimbangkan dan mengkaji dan/atau menyemak semula pelan audit bagi memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk melaksanakan audit dan dalam keadaan tertentu, mempertimbangkan untuk melaksanakan prosedur alternatif bagi memastikan bukti audit yang mencukupi untuk memperoleh kesimpulan daripada audit mereka;
- Berhati-hati dan amat skeptikal semasa meneliti bidang-bidang audit seperti usaha berterusan dan menilai petunjuk berpotensi kemerosotan aset. Apabila menilai penilaian penting oleh pihak pengurusan dalam andaian usaha berterusan, tumpuan adlah bukan sahaja kepada aliran pendapatan masa depan PIE tetapi juga pertimbangan juga juga perlu dimasukkan input luaran seperti ketersediaan rantaian penawaran PIE terhadap bahan mentah dan pembelian inventori yang sama penting dalam menilai keupayaan PIE untuk terus beroperasi;
- Sebagai juruaudit kumpulan, untuk merancang dan memastikan bahawa bukti audit yang sewajarnya mengenai maklumat kewangan bagi komponen telah diperoleh memandangkan bahawa semakan di tapak operasi terhadap kertas kerja juruaudit komponen tidak mungkin dapat dijalankan atau terdapat kelewatan untuk mengakses atau ketidakupayaan akses maklumat komponen;
- Untuk menentukan sama ada penzahiran dalam laporan tahunan yang berkaitan dengan kesan pandemik Covid-19 terhadap operasi semasa dan prospek masa depan PIE adalah mencukupi bagi memastikan pengguna penyata kewangan dimaklumkan mengenainya;
- Untuk menilai sama ada wujud sebarang kejadian yang berlaku antara tarikh pelaporan kewangan dan tarikh laporan juruaudit yang memerlukan prosedur audit tambahan untuk dilaksanakan ke atas perkara-perkara yang telah dimuktamadkan sebelum ini;
- Untuk menilai sama ada wujudnya perkembangan ekonomi, kawal selia, industri atau lain yang penting yang timbul daripada pandemik Covid-19 yang akan menjadi peristiwa atau transaksi penting dalam tempoh tersebut dan memerlukan perhatian juruaudit dan sama ada keadaan sedemikian perlu didedahkan sebagai Matlamat Audit Utama dalam laporan juruaudit;
- Untuk mempertimbangkan kemasukan pengubahsuaian kepada pendapat audit yang dinyatakan dalam penyata kewangan sekiranya kesan ketidakupayaan untuk memperoleh bukti audit yang mencukupi adalah material dan/atau merangkumi penyata kewangan; dan
- Dalam menggalakkan ketekalan prestasi pembabitan, untuk mengenal pasti bidang risiko utama dan mempertimbangkan pengeluaran dan/atau penyediaan panduan perkara khusus atau panduan teknikal tambahan kepada pasukan audit.
Sekiranya juruaudit perlu menilai semula kerja yang dilakukan sebelum ini (atau pada peringkat interim) dengan perkembangan situasi semasa, juruaudit hendaklah memaklumkannya kepada jawatankuasa audit dan/atau Mereka Yang Dipertanggungjawabkan dengan Tadbir Urus dan bekerjasama dengan pengurusan PIE untuk memastikan bahawa audit berkualiti tinggi tidak terjejas dalam jangka masa yang diperlukan. Sekiranya juruaudit tidak dapat melengkapkan audit dalam jangka masa yang diperlukan, nada yang kukuh di peringkat atasan firma audit diperlukan untuk menangani tekanan daripada pelanggan untuk memuktamadkan laporan juruaudit sebelum tempoh masa pelaporan.
Juruaudit harus menyedari bahawa salah satu tanggungjawab utama jawatankuasa audit dan/atau Mereka yang Dipertanggungjawabkan dengan Tadbir Urus adalah untuk mengikuti kemajuan audit syarikat mereka dan memastikan bahawa pihak pengurusan PIE menyediakan maklumat yang relevan dan mencukupi kepada juruaudit tepat pada masanya bagi membolehkan juruaudit memenuhi tempoh masa pelaporan yang ditetapkan.