Kemal Rizadi Arbi membawa bersama 30 tahun pengalaman global dalam industri kewangan dan sektor korporat kewangan Islam, perbankan pelaburan, kewangan korporat, pengurusan dana, kemampanan kewangan, teknologi kewangan, aset maya, dan sebagai pengawalselia, penggubal dasar dan pemaju strategik pasaran modal (termasuk pasaran modal Islam) di rantau Timur Tengah dan Asia.
Beliau kini bertugas sebagai Penasihat dengan kerajaan Oman dan telah bersama Presiden Eksekutif dan Pejabat Naib Presiden di capital Market Authority (Oman CMA) sejak 2013, yang mengawal selia dan membangunkan industri kewangan di Oman yang berkaitan dengan pasaran modal dan sektor insurans (konvensional dan Islamik). Beliau telah terlibat dalam pembangunan pasaran modal Islam di Oman sejak awal pengenalan kewangan Islam.
Sebelum menyertai CMA Oman, beliau telah mewujudkan inisiatif pembangunan pasaran modal Malaysia dan ASEAN+3 (termasuk pasaran modal Islam), melalui pelbagai jawatan kanan di SC. Beliau juga bertugas sebagai Penasihat Lembaga Pengarah syarikat awam tersenarai dalam pelbagai industri mengenai urus niaga korporat, di samping menggalas tanggungjawab sebagai pegawai kanan korporat dan bank pelaburan di Maybank dan Avenue Capital Resources Bhd (sebelum ini dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia). Selain itu, beliau pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat pengurusan aset yang sebelum ini dimiliki oleh Johor Corporation berkenaan pengurusan dana.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Aktuari dari University of Iowa, AS sebagai pemegang biasiswa JPA. Beliau juga memiliki Ijazah MBA (Kewangan) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Profesional Kewangan Islam Bertauliah (CIFP) dari Universiti INCEIF (INCEIF), Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.