SC menawarkan program komprehensif selama 12 bulan kepada graduan baharu yang menginginkan peningkatan kerjaya yang menarik dan peluang pembelajaran yang mencabar.
Program Pengawal Selia Model (MORE@SC) menyediakan platform kepada graduan yang berpotensi dari pelbagai latar belakang untuk menyertai pasukan dalam pembinaan negara dalam bidang pasaran modal.
Sebagai peserta MORE@SC, anda akan meraih manfaat daripada kefahaman menyeluruh mengenai fungsi kawal selia SC dan mandatnya dengan menjalani dua penggiliran dalam jabatan yang berlainan bagi tempoh enam bulan setiap satu. Pada penghujung program ini, akan diserapkan secara kekal ke dalam jabatan yang paling sesuai sebagai Eksekutif Kanan.
Anda akan diberi cabaran-cabaran yang merangsang daya intelektual dan mencetus semangat untuk mengembangkan pengetahuan teknikal, nilai kepemimpinan, kerja berpasukan dan kemahiran interpersonal melalui pengalaman amali yang menarik dalam persekitaran kerja yang inklusif dan pelbagai.
SC berbangga dengan persekitaran pembelajarannya yang kondusif, budaya kerja cemerlang dan keseimbangan kerja dan kehidupan. Sebagai bukti komitmen kami terhadap nilai-nilai ini, SC ditempatkan di bangunan paling canggih dan mesra alam di persekitaran hijau di Bukit Kiara dan pada masa yang sama, menawarkan pelbagai kemudahan untuk kegunaan pekerjanya.
Sekiranya anda secara konsisten mengekalkan prestasi akademik yang cemerlang dan aktif dalam aktiviti kokurikulum serta berminat dengan kerja-kerja sukarelawan dalam isu alam sekitar, kemanusiaan dan sosial, kami mengalu-alukan anda untuk menyertai kumpulan individu dinamik SC yang inovasi dan usaha gigih mereka menyumbang kepada pasaran modal Malaysia yang progresif dan cergas.