SC Laporan Tahunan 2021
Untuk menggalakkan dan mengekalkan pasaran sekuriti dan derivatif yang adil, cekap, terjamin dan telus, serta untuk memudahcarakan pembangunan teratur bagi pasaran modal yang inovatif dan berdaya saing.
Prospek tahun yang lebih baik untuk pasaran modal Malaysia adalah berdasarkan pemulihan ekonomi domestik yang berkekalan. Pelaksanaan inisiatif CMP3 turut memberikan rangsangan selanjutnya kepada aktiviti pasaran. SC akan terus berwaspada dalam mengharungi tahun mendatang kerana masih ada beberapa cabaran yang berpotensi memburukkan lagi volatiliti pasaran dan menjejaskan sentimen.
SOROTAN 2021
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit praesent. vehicula leo diam, et dapibus urna molestie sodales.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit praesent. vehicula leo diam, et dapibus urna molestie sodales.
RM905.5
billion
RM519.5
billion
RM4.8
billion
RM39.3
billion
Siaran Akhbar
28 Mac 2021
Pasaran modal Malaysia terus berperanan penting dalam membiayai ekonomi dan pengantaraan simpanan, dengan mencatatkan peningkatan ketara dalam aktiviti pengumpulan dana dan pertumbuhan keseluruhan aset bawah pengurusan (AUM) yang menggalakkan pada 2021.
Pembentangan Slaid
28 Mac 2021
Slaid pembentangan telah dibentang semasa sidang media maya untuk memberikan gambaran keseluruhan keadaan pasaran semasa serta keutamaan SC bagi tahun 2022.
Pelan Induk Pasaran Modal 3 Untuk Menyokong Peringkat Pertumbuhan Malaysia yang Seterusnya
Tinjauan dan Prospek Pasaran Modal
Mengekalkan Integriti Pasaran dan Melindungi Pelabur
Integriti pasaran adalah penting untuk mengukuhkan standard tingkah laku pasaran yang wajar dan memacu kestabilan pasaran. Pada 2021, SC meneruskan tumpuan usaha kawal selianya untuk memastikan pasaran kekal tangkas, berdaya tahan dan responsif di sebalik pandemik COVID-19. SC terus memantau rapi risiko sistemik yang muncul dan melaksanakan pelbagai inisiatif kawal selia yang bertujuan untuk melindungi kepentingan pelabur dan pihak berkepentingan.
Bagi mengekalkan standard tadbir urus yang tinggi dalam kalangan peserta pasaran dan memastikan pasaran modal yang berfungsi dengan teratur, pendekatan dan tumpuan penyeliaan SC ke atas pengantara, institusi dan pasaran turut diperkukuhkan, disokong oleh tindakan penguatkuasaan bagi pelanggaran undang-undang sekuriti yang serius.
Mengembangkan Keluasan, Inovasi dan Daya Saing Pasaran
Memperluas akses pasaran modal terus menjadi pemacu penting dalam mengembangkan keluasan, inovasi dan daya saing pasaran modal Malaysia. Pada masa yang sama, akses pasaran modal yang berkesan perlu disejajarkan dengan pembangunan dalam ekonomi pihak berkepentingan yang lebih besar dan mewujudkan sebuah ekosistem yang dapat memacu kemampanan perniagaan dalam semua segmen pasaran modal Malaysia.
Dalam konteks ini, SC menjalankan usaha pembangunan untuk memastikan pasaran terus berada di landasan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam persekitaran pihak berkepentingan yang inklusif.
Penyata, Statistik dan Aktiviti