Untuk memastikan pelabur berupaya membuat keputusan kewangan dan pelaburan bermaklumat, SC terus mengutamakan inisiatif pemerkasaan pelabur melalui program pendidikan pelabur. Ini termasuk penggunaan platform media sosial dengan lebih banyak untuk memaklumkan pelabur rentan tentang kemungkinan penipuan atau aktiviti tidak berlesen dan memperluas program mendekati pelabur agar lebih disasarkan kepada warga emas dan pelabur luar bandar.
Pada 2021, SC membuat 275 masukan baharu dalam Senarai Peringatan Pelabur SC, berbanding 134 masukan pada 2020, memberi amaran kepada orang ramai agar tidak berurusan atau melabur dalam aktiviti tidak berlesen dan skim penipuan. Ini diikuti dengan pengumuman media dan hantaran di saluran InvestSmart® dan media sosialnya untuk memastikan capaian yang lebih luas kepada orang ramai.
Pengumuman Khidmat Masyarakat