Menerapkan Kebertanggungjawaban Bersama Dalam Pasaran Modal

SC terus mengguna pakai pelbagai intervensi untuk memupuk amalan dan budaya tadbir urus korporat yang baik dalam seluruh ekosistem pasaran termasuk pengarah, pemegang saham, dan pengawal pasaran. Langkah-langkah juga telah dilaksanakan untuk memupuk kefahaman awal mengenai tadbir urus dalam kalangan belia.

Menggalakkan Tadbir Urus Korporat yang Baik

  • Memantau pemakaian tadbir urus

    Pada 24 November 2021, SC mengeluarkan Corporate Governance Monitor 2021 (CG Monitor 2021), yang membentangkan kemajuan penerimaan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) edisi 2017 dan kualiti penzahiran tadbir Urus (CG). Tahap pemakaian bagi majoriti amalan kekal positif, dengan 24 daripada 36 amalan terbaik mencatatkan tahap pemakaian sekurang-kurangnya 90%. Walau bagaimanapun, pemakaian amalan Yang Dipertingkatkan kekal antara yang paling rendah berbanding amalan lain dalam MCCG.
    PEMAKAIAN MCCG

    24

    (2020: 23) Amalan terbaik MCCG mempunyai tahap pemakaian melebihi 90%

    79%

    (2020: 78%) Syarikat tersenarai memakai sekurang-kurang satu amalan Yang Dipertingkat

    Gesaan untuk Tindakan

    Amalan yang menghendaki tindakan segera oleh lembaga pengarah

    Penzahiran imbuhan pengurusan kanan

    Pemakaian dasar dan sasaran kepelbagaian gender

    Penzahiran maklumat kemampanan yang andal dan diperlukan untuk membuat keputusan

  • Menggalakkan Kelayakan ESG dan Kepimpinan Lembaga Pengarah melalui Keutamaan Strategik Tadbir Urus Korporat SC

    Corporate Governance Strategic Priorities 2021-2023 (Keutamaan Strategik CG) yang dilancarkan pada November 2021, menggariskan 11 inisiatif bersasar seperti pengenalan program kemasukan mengenai kemampanan untuk para pengarah, meningkatkan ketersediaan data tadbir urus korporat melalui penggunaan alat digital dan mempertingkat perbincangan bersama para belia mengenai tadbir urus korporat dan kemampanan melalui usaha sama dengan pihak universiti. Keutamaan Strategik CG juga merupakan komponen penting CMP3 yang dilancarkan pada September 2021 untuk menetapkan hala tuju pasaran modal Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang (Rajah 2).

  • Menggalakkan kepimpinan lembaga pengarah dan pemantauan kemampanan melalui MCCG yang dikemas kini
    Pada 28 April 2021, SC mengeluarkan MCCG yang disemak semula, yang memperkenalkan amalan terbaik baharu dan menyediakan panduan lanjut untuk mengukuhkan budaya tadbir urus korporat syarikat tersenarai. Antara lain, MCCG yang disemak semula itu memberi penekanan kepada keperluan pengawasan dan tindakan yang berkesan oleh lembaga pengarah dan pengurusan kanan dalam menangani risiko dan peluang kemampanan syarikat.

  • Memupuk kefahaman awal mengenai isu dan Prinsip CG dalam kalangan belia melalui universiti

    Pada 30 April 2021, SC dan Universiti Monash (Malaysia) memeterai perjanjian kerjasama untuk menggalakkan pemahaman awal tentang prinsip dan amalan tadbir urus korporat dalam kalangan pelajar Universiti Monash, melalui syarahan jemputan dan usaha penyelidikan bersama.

    Kerjasama itu merupakan hasil usaha SC untuk memacu tadbir urus korporat yang baik dengan memupuk budaya ini dalam kalangan belia dan menyokong mereka mencapai potensi penuh mereka sebagai pemimpin pada masa hadapan dan ejen perubahan positif.
  • Nota Panduan dan Soalan Lazim Berhubung Tatacara Mesyuarat Agung bagi Penerbit Tersenarai

    The Guidance Note on the Conduct of General Meetings (Nota Panduan) telah disemak semula pada 2021, untuk memudahcarakan tatacara mesyuarat agung secara maya2 , dan untuk menekankan keperluan bagi lembaga pengarah menangani semua soalan yang dikemukakan oleh pemegang saham ketika mesyuarat agung, tanpa mengira cara mesyuarat itu diadakan; sama ada secara maya sepenuhnya, hibrid atau fizikal.

  • Mengukuhkan Tadbir Urus GLIC melalui PERKUKUH

    Pada 12 Ogos 2021, Kerajaan melancarkan program PERKUKUH, yang mengandungi 20 inisiatif utama untuk mengukuhkan struktur dan tadbir urus keseluruhan GLIC di Malaysia.

    Diterajui oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), SC menyokong pembangunan keperluan dan amalan terbaik tadbir urus asas yang perlu diguna pakai oleh GLIC. SC turut bekerjasama rapat dengan Majlis Pelabur Institusi (IIC) untuk mengemas kini dan mempertingkatkan Kod Institusi Pelabur Malaysia (MCII) untuk mencapai pengendalian berorientasikan hasil. Sehubungan ini, Capital Markets Malaysia (CMM) akan bekerjasama rapat dengan MOF dan pihak SC untuk meningkatkan keperluan pembinaan keupayaan GLIC demi mewujudkan lembaga pengarah yang sedia ESG sepenuhnya.

  • Kaji selidik Pengerusi 2021

    Pada Ogos 2021, SC bekerjasama dengan Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) untuk menjalankan “Kaji selidik Pengerusi’ yang julung kali diadakan untuk mendapatkan pandangan daripada pengerusi-pengerusi syarikat tersenarai mengenai keutamaan Lembaga pengarah pada 2022 dan status dinamik lembaga pengarah.

    Sorotan Semakan Tematik
    Kaji selidik Pengerusi 2021

    Bilangan responden – 325 Pengerusi syarikat tersenarai

    Kaji selidik Pengerusi 2021 dijalankan oleh SC dengan Kerjasama ICDM.

    91%

    Pengerusi berpendapat bahawa komposisi terkini lembaga pengarah adalah optimum

    Aspek komposisi lembaga pengarah terkini yang manakah boleh ditambah baik?


Nota: Saiz RPT juga berbeza dengan ketara, dari puluhan juta ringgit Malaysia (RM) kepada beberapa bilion RM.
1 Nota Panduan ini dikeluarkan untuk membimbing semua penerbit yang tersenarai di Bursa Malaysia Securities Bhd dan syarikat pengurusan dana unit amanah berhubung pengendalian mesyuarat agung, termasuk Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Agung Luar Biasa, dan Mesyuarat Pemegang Unit semasa pandemik COVID-19 di mana penjarakan fizikal dan langkah keselamatan dan pencegahan lain mesti dilaksanakan. Ini termasuk mengendalikan mesyuarat agung secara maya sepenuhnya, maya, hibrid dan fizikal.
2 Di bawah Nota Panduan ini, mesyuarat maya sepenuhnya merujuk kepada mesyuarat agung di mana semua peserta termasuk Pengerusi, ahli lembaga pengarah, pengurusan kanan dan pemegang saham mengambil bahagian secara dalam talian. Mesyuarat maya merujuk kepada mesyuarat agung yang dijalankan di tempat penyiaran, di mana hanya individu penting sahaja hadir fizikal untuk mengendalikan mesyuarat manakala semua pemegang saham mengambil bahagian secara dalam talian.
3 SC ingin mengucapkan penghargaan kepada Profesor Keshab Shrestha dari Monash University Malaysia atas sumbangan beliau kepada kajian ini.
4 Walaupun terdapat beberapa definisi RPT, rencana ini merujuk kepada definisi dalam Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia.
5 Rujuk kepada `Guide on Fighting Abusive Related Party Transactions in Asia (2009)’ oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan `Related-Party Transactions: Cautionary Tales for Investors in Asia (2009)’ oleh CFA Institute

Menggalakkan kawal seliaan kendiri

Selaras dengan strategi utama CMP3, SC mengeluarkan Guidance Note on Co-operation and Self-Reporting pada 23 Jun 2021 untuk menggalakkan resolusi awal bagi tindakan penguatkuasaan.

Sebagai insentif untuk mengiktiraf usaha mereka yang tampil dan bekerjasama dengan SC, entiti dan individu akan ditawarkan ‘kredit’ dalam bentuk pengurangan denda dan penalti.

Bidang utama dalam Nota Panduan tersebut ialah:
  1. Contoh kerjasama yang berbeza-beza, termasuk pelaporan kendiri;
  2. Ciri-ciri pelaporan kendiri;
  3. Perkara yang dikehendaki ketika membuat pelaporan kendiri mengenai pelanggaran kepada SC. Ini termasuk perkara berikut:
    1. Pelaporan hendaklah dilakukan dengan kadar segera selepas seseorang menyedari berlaku pelanggaran dan sebelum SC sendiri menyedari akan pelanggaran tersebut; dan
    2. Pelaporan mestilah setepat dan selengkap mungkin.

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami | Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup