Pemantauan dan Pengurusan Risiko

Walaupun keadaan pasaran kewangan global bertambah baik berikutan kadar imunisasi terhadap COVID-19 yang baik dan penyambungan semula aktiviti ekonomi, ancaman seperti kemunculan varian COVID-19 baharu terus menyebabkan ketidaktentuan kepada pasaran modal global dan domestik.

Oleh itu, adalah penting untuk mengesan dari awal kemunculan risiko dan kerentanan bagi mengekalkan kestabilan sistemik dalam pasaran modal. Berlatarbelakangkan situasi ini, SC terus berwaspada terhadap potensi risiko penurunan dan langkah-langkah yang sesuai tersedia bagi memastikan operasi pasaran modal yang adil dan teratur pada setiap masa.

Mengurangkan Risiko Sistemik dan Meningkatkan Kestabilan Kewangan

  • Rangka Kerja Tadbir Urus Risiko yang dipertingkatkan

    Pada 2021, rangka kerja tadbir urus risiko seluruh SC telah dipertingkatkan sebagai sebahagian daripada inisiatif menyeluruh untuk mewujudkan pendekatan pemantauan risiko yang lebih bersepadu dan mampu meramal. Rangka kerja tadbir urus risiko menyepadukan spektrum risiko yang lebih luas seperti risiko teknologi, siber dan tatalaku. Ini dijalankan dalam Jawatankuasa Pengawasan Risiko Sistemik (SROC) dan Jawatankuasa Pemantauan Perakaunan, Pasaran dan Korporat SC (AMCS).

  • Pengawasan yang dipertingkat

    Sesi libat urus SROC kerap diadakan untuk membincangkan kebimbangan yang timbul daripada pelbagai segmen di seluruh pasaran modal. Pasaran ekuiti dan bon domestik, aliran dana asing dan penyertaan dagangan terus dipantau rapi untuk mengenal pasti sumber tekanan yang berpotensi. Selain itu, kedudukan kewangan syarikat tersenarai dan pakej rangsangan ekonomi telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk menangani impak COVID-19 merupakan antara bidang tumpuan yang dibincangkan.

  • Penilaian tematik

    SC turut menjalankan penilaian tematik yang meliputi aliran dana pelabur, kedudukan firma yang rentan terhadap risiko kredit dan pasaran, keputusan dasar kerajaan seperti pengumuman bajet bagi memastikan impak yang berpotensi ke atas pasaran modal. Pada 2021, SC menyemak dan mempertingkatkan petunjuk krisisnya bagi risiko baru muncul yang berpotensi dalam pasaran modal. Petunjuk krisis yang dipertingkatkan ini adalah sebagai rujukan untuk perhatian SROC apabila petunjuk dan pencetus yang dikenal pasti menjadi kenyataan dan memastikan tindak balas segera untuk mengurus dan mencegah sebarang isu kebimbangan yang boleh menimbulkan krisis sistemik.

  • Perbincangan kawal selia bersama

    Pada 2021, SC kerap mengadakan sesi perbincangan kawal selia bersama dan perkongsian maklumat dengan pihak pengawal selia lain seperti BNM dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) untuk mengenal pasti bidang kebimbangan risiko sistemik dalam kewangan dan pasaran modal di Malaysia.

  • Pemantauan pelbagai komponen pasaran modal

    SC meneruskan usahanya untuk melaksanakan pendekatan bersepadu untuk memantau, mengurangkan atau mengurus risiko sistemik yang berpotensi. Rajah 1 mengetengahkan penemuan daripada penilaian risiko berikut ke atas pelbagai komponen pasaran modal.

    rajah 1: Penilaian Risiko ke atas Pelbagai Komponen Pasaran Modal

    Pasaran Ekuiti dan Infrastruktur

    • Kecarian domestik yang mencukupi untuk memudah cara aktiviti pelaburan yang cekap.
    • Pemutus litar pasaran yang menyeluruh dan had harga yang dinamik dan statik bagi ekuiti tersedia sebagai sebahagian daripada mekanisme pengurusan risiko untuk menangani volatiliti pasaran yang berlebihan. Pada 2021, tiada pencetus litar pasaran diaktifkan.
    • Dana Jaminan Penjelasan Ekuiti dan Derivatif tersedia untuk mengurus peningkatan tekanan secara tiba-tiba.

    Pasaran Bon

    • Pergerakan hasil sejajar dengan pasaran serantau di tengah-tengah dasar monetari yang akomodatif.
    • Kadar mungkir bon korporat kekal rendah.

    Syarikat Tersenarai

    • Perolehan korporat bagi 2021 telah meningkat, berbanding 2020, sebahagian besarnya disebabkan oleh permintaan berterusan terhadap produk sarung tangan perubatan dan harga minyak sawit mentah, minyak mentah dan isi rung sawit yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, berdasarkan prestasi suku ke suku (q-o-q), perolehan korporat merosot pada Q3 2021 disebabkan oleh gangguan perniagaan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
    • Syarikat awam tersenarai (PLC) yang terkesan dengan syarat kewangan tidak memuaskan telah diberi kelonggaran sementara daripada dikelaskan sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17)/Nota Panduan 3 (GN3). Setakat 31 Disember 2021, sejumlah 21 PLC yang berada di bawah Kriteria Penggantungan PN17/GN3 antara 17 April 2020 dan 31 Disember 2021, meraih manfaat daripada tempoh kelonggaran selama 18 bulan.
    • Ketika PLC menerima normal baharu, momentum perolehan korporat dijangka bertambah baik apabila ekonomi negara menuju ke arah pemulihan.

    Aliran Pelaburan

    • Kecairan domestik terus disokong oleh institusi dan pelabur runcit tempatan.
    • Saham pegangan asing dalam pasaran bon tinggi sedikit daripada purata 5 tahun sebahagian besarnya disebabkan oleh volum MSG telah matang yang tinggi.
    • Pegangan ekuiti asing naik turut bawah purata 5 tahunnya di tengah-tengah aliran keluar bersih daripada pasaran ekuiti.

    Pengurusan Pela-buran

    • Pengurus dana telah menyediakan proses pengurusan risiko kecairan yang mencukupi untuk mengurus penebusan dengan cara yang teratur.

    Pengantara Broker Saham

    • Kawalan pengurusan risiko broker saham cukup mantap untuk mengurus pendedahan ketika tempoh volatiliti tinggi termasuk risiko kredit yang timbul daripada pembiayaan margin.
    • Kedudukan kecukupan modal broker saham berasaskan risiko yang terkini kekal melebihi tahap keperluan kewangan minimum yang ditetapkan.

Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability

Enhanced Risk Governance Framework

In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.

The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).


Intensified surveillance

The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points. 

In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.


Thematic assessments

The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market. 

The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.


Joint regulatory discussions

In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.


Monitoring of various components of the capital market

The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami | Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup