Lembaga Pemantauan Audit Laporan Tahun 2022

Memupuk pengauditan bebas berkualiti tinggi bagi memelihara keyakinan terhadap kualiti dan keandalan penyata kewangan teraudit entiti berkepentingan awam dan kumpulan wang jadual di Malaysia.

PERUTUSAN PENGERUSI

Kewajipan berkanun Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) adalah untuk membantu SC menggalakkan keyakinan
terhadap kualiti dan kebolehpercayaan penyata
kewangan teraudit. Dalam hal ini, saya berbesar hati untuk melaporkan usaha dan aktiviti AOB pada tahun 2022.

Pengenalan

Lembaga Pemantauan Audit (AOB) telah ditubuhkan di bawah Bahagian IIIA Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA) untuk mengawal selia juruaudit entiti kepentingan awam (PIE) dan kumpulan wang jadual untuk dan
bagi pihak SC. AOB juga menjalankan pemantauan ke atas mana-mana orang yang menyediakan laporan berkaitan
maklumat kewangan PIE dan kumpulan wang jadual, berhubung dengan aktiviti pasaran modal.

FUNGSI TERAS AOB

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit praesent. vehicula leo diam, et dapibus urna molestie sodales. 

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit praesent. vehicula leo diam, et dapibus urna molestie sodales. 

Pendaftaran

AOB bertanggungjawab ke atas pendaftaran juruaudit PIE dan kumpulan wang jadual. Ia juga mengiktiraf juruaudit asing yang mengaudit penyata kewangan syarikat asing tersenarai di Bursa Malaysia.

Pemeriksaan

AOB menjalankan program pemeriksaan dan pemantauan ke atas juruaudit untuk menilai tahap pematuhan juruaudit terhadap piawaian pengauditan dan etika yang diguna pakai di Malaysia.

Penguatkuasaan

AOB memulakan prosiding penguatkuasaan dan mengenakan sekatan yang bersesuaian bagi sebarang ketakpatuhan terhadap piawaian pengauditan/ etika, pengawalseliaan dan undang-undang sekuriti.

RM905.5

billion

RM519.5

billion

RM4.8

billion

RM39.3

billion

345
Registered individual auditors
12
Recognised individual auditors
41
Registered and recognised audit firms
Audited
1,203
PIEs
RM1,718
billion market capitalisation
Audited
1,203
schedule funds
RM716
billion NAV

PROFIL FIRMA AUDIT DAN JURUAUDIT INDIVIDU YANG BERDAFTAR DAN DIIKTIRAF OLEH AOB PADA 31 DISEMBER 2022

357
Juruaudit individu
berdaftar
12
Juruaudit individu
yang diiktiraf
40
Firma audit berdaftar
dan diiktiraf
Mengaudit
1,228
PIE
RM1,683
billion

permodalan PLC

Mengaudit

1,313
kumpulan
wang
jadua
RM677
billion 
net asset bersih (NAV)

Pengawasan Dan Penyeliaan Juruaudit Pie dan Kumpulan Wang Jadual

Sorotan utama daripada fungsi teras AOB bagi 2021 diperjelaskan dalam bahagian seterusnya.

Aktiviti pemantauan utama AOB seperti pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan adalah bertujuan untuk
menggalakkan amalan pengauditan berkualiti tinggi. AOB menggalakkan firma audit agar membangunkan kapasiti
dan mewujudkan rangka kerja kualiti yang membolehkan audit berkualiti dilaksanakan secara konsisten.

Libat Urus Bersama Pihak Berkepentingan Dan Inisiatif Pembangunan Kapasiti


AOB menjalankan, mengambil bahagian dan memberikan pandangannya melalui penglibatan bersama pihak berkepentingan
untuk menggalakkan pembinaan kapasiti dan pelaporan serta amalan kewangan berkualiti tinggi. Sesi penglibatan di
peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa melibatkan pengawal selia, profesion perakaunan, pengarah dan ahli AC.
Pada tahun 2022, AOB secara aktif berusaha untuk mewujudkan kesedaran mengenai Laporan Ketelusan Tahunan firma
audit dan nilainya kepada pihak berkepentingan.

Penglibatan dan sumbangan berterusan AOB di peringkat global dan serantau melalui Forum Antarabangsa Pengawal
Selia Audit Bebas (IFIAR) dan Kumpulan Pengawal Selia Audit ASEAN (AARG) memudahkan perkongsian bersama tentang
pandangan berharga tentang amalan terbaik pengawalseliaan audit. Selanjutnya, sebagai ahli IOSWG IFIAR, AOB telah
memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan dari bidang kuasa lain mengenai perkara yang berkaitan dengan perlindungan
pelabur dan meningkatkan kualiti audit.

Pada 2022, Pegawai Eksekutif AOB, Alex Ooi telah dijemput oleh Jabatan Perakaunan dan Peraturan Pengauditan,
Kementerian Kewangan, Vietnam dan Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW) untuk berkongsi
pengalaman dan amalan terbaik Malaysia mengenai pemantauan audit.

Penyata

Pernyataan daripada ahli-ahli Lembaga Pemantauan Audit dan penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022

Ahli Lembaga AOB terdiri daripada Pengerusi Bukan Eksekutif, Pegawai Eksekutif dan 5 orang Ahli Bukan Eksekutif
lain yang dilantik oleh SC. Ahli Bukan Eksekutif merupakan wakil daripada pengawal selia iaitu BNM dan SSM, profesion perundangan, profesion pengauditan dan sektor swasta. Pegawai Eksekutif bertanggungjawab ke atas pentadbiran harian AOB.

Pengerusi Bukan Eksekutif AOB dilantik untuk tempoh 3 tahun manakala Ahli Bukan Eksekutif Lembaga dilantik untuk tempoh 2 tahun. Pengerusi Bukan Eksekutif dan Ahli-ahli Bukan Eksekutif layak untuk lantikan semula setelah tamat tempoh perkhidmatan mereka.

Lain-Lain

Akronim dan Singkatan

Muat Turun Lapuran Tahunan


Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup