Libat Urus Strategik Bersama Pihak Berkepentingan

Libat urus strategik bersama pihak berkepentingan adalah salah satu aspek utama komitmen SC terhadap pembangunan inklusif pasaran modal Malaysia. Ia penting untuk memastikan semua keperluan pihak berkepentingan dipertimbangkan dalam penggubalan dasar dan pelaksanaan inisiatif pembangunan.

Pada 2022, penekanan yang lebih diberikan terhadap libat urus strategik dengan semua pihak berkepentingan utama, termasuk peserta pasaran, pengantara, persatuan industri, pihak berkuasa yang lain, perniagaan, pelabur, kerajaan (kementerian, kerajaan negeri dan agensi), universiti, media, dan juga kakitangan SC. Proses pemetaan pihak berkepentingan dibuat untuk mengenal pasti dan mengkategorikan pihak berkepentingan mengikut bidang mereka dan menyesuaikan proses libat urus untuk memastikan SC dapat memenuhi keperluan dan jangkaan mereka.

Komunikasi yang konsisten dan berterusan dengan pihak berkepentingan melalui rundingan, perjumpaan satu sama satu, dialog, dan taklimat merupakan kunci yang memudahcarakan pelaksanaan peranan dan tanggungjawab SC secara berkesan.

Libat urus sedemikian membolehkan SC merumus dasar untuk memudahcara, mempromosi rangka kerja pengawalseliaan yang kukuh dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan pasaran modal yang berterusan. Hal ini akan menjana hasil yang lebih positif sejajar dengan misi SC untuk menggalakkan pasaran modal yang adil, cekap, dan telus.

Secara dalaman, SC meneruskan libat urus dan perbincangan bersama-sama kakitangan yang banyak membantu menggalakkan lagi budaya berprestasi tinggi dan persekitaran kerja yang positif.

Salah satu acara kemuncak tahun ini ialah Dialog Tahunan Bersama Industri (SCID). Siri SCID, yang bermula pada 2012, berfungsi sebagai platform utama untuk kami menjalankan libat urus yang mantap dengan peserta pasaran dan persatuan industri mengenai perkembangan, peluang berpotensi dan risiko yang muncul dalam pasaran modal.

Libat urus SC bersama pihak berkepentingan di peringkat antarabangsa berfungsi sebagai platform untuk menyuarakan pendapat Malaysia dalam penggubalan dasar pasaran modal di peringkat global, menyokong agenda perdagangan dan ekonomi negara dan menyumbang kepada kesalinghubungan serantau dalam ASEAN.

Untuk membina dasar SRI yang berkesan dan menggalakkan pasaran modal yang mampan, adalah penting bagi SC untuk melakukan sesi libat urus dengan pembuat dasar awam.

Sebagai pemimpin global ICM, SC meneruskan usaha untuk memajukan libat urus bersama pihak berkepentingan dengan memanfaatkan kedudukan Malaysia sebagai pemimpin pemikiran ICM.

Media memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi dan pendapat orang ramai. SC meningkatkan libat urus bersama media dalam tahun 2022 melalui majlis makan tengah hari bersama editor, sidang akhbar dan taklimat media.

Warga kerja kami merupakan, aset terbesar kami, dan adalah penting untuk SC terus menarik dan mengekalkan bakat ketika kami memupuk organisasi berprestasi tinggi dan budaya inklusif.

Pautan berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami |Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup