Perutusan Pengerusi

Meskipun ketidaktentuan pasaran global dan halangan meningkat, pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2022, dengan jumlah dana yang diperoleh mencecah RM179.4 bilion.

Selaku Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan SC untuk 2022.

Pasaran modal Malaysia yang bernilai RM3.6 trilion kekal berdaya tahan pada 2022, disamping ketidaktentuan pasaran global yang semakin meningkat dan halangan mencabar merentasi pelbagai kelas aset. Malah, jumlah dana yang diperoleh bernilai RM179.4 bilion adalah yang tertinggi dicatatkan, diterajui oleh jumlah rekod terbitan bon korporat dan sukuk. Derivatif dagangan bursa juga mencatatkan rekod volum sebanyak 18.8 juta lot yang didagangkan. Bagaimanapun, penilaian keseluruhan yang lebih lemah mengakibatkan penurunan aset di bawah pengurusan (AUM) kepada RM906.5 bilion.

Pemerhatian yang berbeza ini mempamerkan keseimbangan yang halus antara memacu pertumbuhan dan mengadaptasi amalan berhemah ketika menghadapi situasi ketidaktentuan. Kepercayaan dan keyakinan yang berterusan dalam persekitaran pengumpulan dana dan pelaburan Malaysia bergantung pada cara elemen ini diuruskan oleh pihak berkepentingan pasaran.

Saya yakin bahawa ia penting untuk SC melibatkan diri dan berkomunikasi secara telus. Sesi dialog dan perundingan merupakan saluran yang bermanfaat untuk menetapkan jangkaan terhadap kedua-dua bidang kawal selia dan pembangunan. Penglibatan pelabur merupakan satu lagi aspek penting untuk memastikan pelabur yang berilmu dan berpengetahuan serta kurang terdedah kepada penipuan dan aktiviti tidak berlesen yang lain.
Pautan berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami |Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup