Pengumpulan Modal



  • Ekuiti

    Pada 2023, pengumpulan dana ekuiti terus didaftarkan dengan bilangan permohonan tinggi yang telah dikemukakan kepada SC, berbanding 2022.Pada 2023, pengumpulan dana ekuiti terus didaftarkan dengan bilangan permohonan tinggi yang telah dikemukakan kepada SC, berbanding 2022.
    jadual 1
    Permohonan ekuiti

    Bilangan permohonan

    2023

    2022

    Diterima sepanjang tahun

    22

    20

    Dipertimbangkan 18 18
    Diluluskan 18 16
    JADUAL 2
    Piagam prestasi perkhidmatan – permohonan ekuiti

    Langkah

    Sasaran

    Pencapaian

    2023

    2022

    Bilangan permohonan ekuiti yang diproses dalam lingkungan piagam masa2

    90%

    99%

    100%
    JADUAL 3
    Prospektus ekuiti dan dokumen lain

    Permohonan ekuiti

    2023

    2022

    Prospektus

    6

    19
    Prospektus ringkas 11 15
    JUMLAH 17 34
    Daripada 22 permohonan ekuiti yang diterima SC pada 2023, sembilan daripadanya adalah untuk tawaran awam awal (IPO), dua berhubung cadangan pengambilalihan yang mengakibatkan perubahan signifikan hala tuju atau dasar perniagaan, dan 11 untuk pemindahan penyenaraian ke Pasaran Utama daripada Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) (Jadual 1). Tujuh lagi permohonan telah dibawa ke hadapan dari 2022. (Sila rujuk Jadual 1A pada halaman 61 bagi Statistik Terperinci).

    Daripada jumlah ini, 18 permohonan telah dipertimbangkan manakala dua telah ditarik balik dan sembilan masih dalam semakan setakat akhir tahun. Secara purata, lima pusingan pertanyaan dibangkitkan bagi setiap permohonan ekuiti yang dipertimbangkan, 99% daripadanya dikumpulkan dalam tempoh piagam masa (Jadual 2). SC juga mendaftarkan 17 prospektus ekuiti pada 2023, terdiri daripada enam prospektus IPO dan 11 prospektus ringkas berkenaan pengumpulan dana oleh syarikat tersenarai (Jadual 3).
  • Bon Korporat dan Sukuk
    JADUAL 4
    Serahan bon korporat dan sukuk

    Serahan sepanjang tahun

    2023

    2022

    Bilangan serahan

    64

    62
    JADUAL 5
    Permohonan bon korporat dan sukuk

    Permohonan sepanjang tahun

    2023

    2022

    Bilangan permohonan

    2

    2
    Dipertimbangkan

    2

    2
    Diluluskan

    2

    2
    Pada 2023, jumlah serahan3 bon korporat dan sukuk kekal stabil dengan sejumlah 64 serahan bon korporat dan sukuk telah dibuat dengan SC berbanding 62 serahan pada tahun sebelumnya (Jadual 4). Sukuk merangkumi 67% daripada bilangan serahan, serta 57% daripada nilai nominal berhubung dengan instrumen denominasi ringgit (sukuk RM98.26 bilion; jumlah RM171.26 bilion) dan 80% daripada nilai nominal instrumen denominasi mata wang asing (sukuk AS$40.00 bilion; jumlah AS$50.00 bilion) (Sila rujuk Jadual 4A pada halaman 61 bagi Statistik Terperinci).

    SC juga menerima dua permohonan berhubung bon korporat dengan jumlah nominal RM0.22 bilion pada 2023, berbanding dua permohonan dengan jumlah nominal RM0.37 bilion yang diterima pada 2022 (Jadual 5). Kedua-dua permohonan telah dipertimbangkan dan diluluskan pada akhir tahun (Sila rujuk Jadual 5A pada halaman 62 bagi Statistik Terperinci).
    JADUAL 6
    Dokumen berkaitan bon korporat dan sukuk

    Bilangan dokumen

    2023

    2022

    Serahan surat ikatan amanah/surat ikatan amanah tambahan

    107

    70
    Deposit memorandum maklumat/serahan dokumen penzahiran 62 52
    Serahan helaian sorotan produk 3 1
    Pendaftaran prospektus ringkas 2 -
    Sebanyak 174 dokumen telah diterima pada 2023, berbanding 123 penerimaan dokumen pada tahun 2022, mewakili 41% peningkatan dalam bon korporat dan sukuk berkaitan dengan dokumen yang diterima oleh SC (Jadual 6).
  • Pengambilalihan dan Penggabungan
    jadual 7
    Pengambilalihan, penggabungan dan pemerolehan wajib

    Permohonan dan dokumen yang dipertimbangkan

    2023

    2022

    Kelulusan dokumen tawaran/skim

    10

    18
    Kelulusan pekeliling nasihat bebas (IAC) 13 25
    Kelulusan pekeliling whitewash4 4 3
    Permohonan pengecualian daripada
    obligasi tawaran mandatori
    19 11
    Permohonan lain 16 20
    JUMLAH 62 77
    JADUAL 8
    Prestasi piagam perkhidmatan – pengambilalihan dan penggabungan

    Langkah

    Sasaran Pencapaian

    2023

    2022

    Dokumen tawaran diluluskan dalam tempoh 21 hari dari penerimaan notis tawaran pengambilalihan

    100%

    100%

    100%
    IAC beri tawaran pengambilalihan yang diluluskan dalam tempoh 10 hari dari tarikh penghantran dokumen tawaran 100%5 100%
    Dokumen skim dan surat nasihat bebas bagi skim yang diluluskan dalam tempoh 35 hari dari tarikh pengumuman oleh lembaga pengarah penerima tawaran untuk membentangkan resolusi bagi skim kepada pemegang saham untuk kelulusan 100% 100%6

    SC mentadbir Kod Pengambilalihan dan Penggabungan Malaysia 2016 (Kod) dan Peraturan mengenai Pengambilalihan, Penggabungan dan Pemerolehan Wajib (Peraturan) untuk memastikan pemerolehan kawalan berlaku dalam pasaran yang cekap, kompetitif dan bermaklumat. SC juga memberi tumpuan kepada tingkah laku pihak berkaitan untuk memastikan pemegang saham syarikat penerima tawaran dilayan secara adil, diberi peluang untuk membuat keputusan mengenai merit pengambilalihan dan diberi layanan sama rata oleh pemberi tawaran.

    SC menyemak semula dasar pengambilalihan secara berkala untuk memastikan keperluan menyediakan rangka kerja yang teratur di mana pengambilalihan, penggabungan dan pemerolehan wajib dijalankan. Untuk tujuan ini, perundingan awam atau libat urus dengan pelbagai kumpulan berkepentingan dianjurkan untuk mendapatkan maklum balas.

    Pada 2023, SC mempertimbangkan sejumlah 62 permohonan di bawah Peraturan berbanding 77 permohonan pada 2022. Ini disebabkan terutamanya oleh bilangan tawaran/skim pengambilalihan yang lebih rendah dan pengecualian untuk obligasi tawaran mandatori menurut prosedur whitewash yang dijalankan pada tahun berkenaan (Jadual 7).

    SC meluluskan 10 dokumen tawaran yang melibatkan jumlah nilai7 tawaran sebanyak RM5.53 bilion atau purata RM553.43 juta bagi setiap tawaran. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM3.43 bilion berbanding tahun sebelumnya (2022: 18 tawaran dengan jumlah nilai tawaran RM2.10 bilion, dengan purata RM116.93 juta bagi setiap tawaran). Tiga daripada 10 tawaran telah dilaksanakan melalui skim, sama seperti pada 2022.

    Tawaran terbesar pada 2023 adalah oleh Sime Darby Enterprise Sdn Bhd (anak syarikat milik penuh Sime Darby Bhd) untuk baki saham dalam UMW Holdings Bhd. Pada nilai tawaran RM2.27 bilion, ia menyumbang 41% daripada jumlah nilai tawaran pada 2023. Tawaran utama lain dari segi nilai tawaran termasuk tawaran oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk baki saham dalam Boustead Plantations Bhd pada RM1.96 bilion dan dalam Boustead Holdings Bhd pada RM703.25 juta. Tawaran selebihnya adalah jauh lebih kecil dan terdiri daripada tawaran untuk Ewein Bhd, Cyberjaya Education Bhd (dahulunya dikenali sebagai Minda Global Bhd), Damansara Holdings Bhd, Systech Bhd dan MBf Corporation Bhd, NCB Holdings Bhd dan Ajiya Bhd, yang kesemuanya mempunyai nilai tawaran bawah RM100 juta setiap satu.

    Daripada 10 tawaran pada 2023, tujuh adalah berkaitan dengan syarikat penerima tawaran yang tersenarai di Pasaran Utama, satu adalah berkaitan dengan syarikat penerima tawaran yang disenaraikan di Pasaran ACE (Systech Bhd) dan dua berkaitan dengan syarikat awam tidak tersenarai (MBf Corporation Bhd dan NCB Holdings Bhd). Terdapat kurang pelaksanaan penswastaan dengan hanya tiga yang dicadangkan pada 2023 (2022: lima pelaksanaan penswastaan). Dua daripada syarikat itu telah berjaya dinyahsenarai daripada bursa saham pada 31 Disember 2023.

    Dari segi sektor, sektor produk dan perkhidmatan pengguna adalah yang tertinggi dari segi nilai tawaran dengan RM2.34 bilion, mewakili 42% daripada jumlah nilai tawaran atau 20% daripada jumlah tawaran dan merangkumi tawaran untuk UMW Holdings Bhd dan Cyberjaya Education Bhd (kini dikenali sebagai Minda Global Bhd). Ini diikuti oleh sektor perladangan dengan jumlah nilai tawaran RM1.96 bilion, mewakili 35% daripada jumlah nilai tawaran atau 10% daripada jumlah tawaran, dan merangkumi tawaran untuk Boustead Plantation Bhd.

    SC juga meluluskan 13 pekeliling nasihat bebas (IAC), sembilan daripadanya berkaitan dengan tawaran/skim pengambilalihan dan empat berkaitan pengecualian daripada obligasi tawaran mandatori menurut prosedur whitewash (2022: 25 IAC). Dua pekeliling whitewash juga telah diluluskan berhubung pengecualian daripada kewajipan tawaran mandatori (2022: 3 pekeliling whitewash). Walaupun terdapat penyederhanaan dalam aktiviti pengambilalihan dan penggabungan berbanding tahun sebelumnya, bilangan permohonan untuk pengecualian daripada perlu melaksanakan tawaran pengambilalihan mandatori meningkat daripada 11 pada 2022 kepada 19 pada 2023. Enam permohonan adalah berkaitan dengan pengecualian whitewash manakala baki 13 permohonan melibatkan pemerolehan atau pemindahan saham dalam ahli kumpulan pihak yang bertindak secara bersama menurut perancangan penggantian atau latihan penyusunan semula dalaman. SC juga mempertimbangkan 16 permohonan untuk pelbagai perkara di bawah CMSA dan Peraturan, termasuk permohonan berkaitan pelantikan dan/atau peletakan jawatan pengarah syarikat penerima tawaran semasa tempoh tawaran dan permohonan lanjutan masa untuk memenuhi kewajipan tertentu di bawah Peraturan.

  1. Capital Market Stability Review boleh didapati di https://www.sc.com.my/resources/cmsr.
  2. Berdasarkan bilangan maklum balas yang dikeluarkan:
    1. maklum balas pusingan pertama dibangkitkan dalam tempoh 10 Hari Pasaran (MDs) dari penerimaan serahan lengkap; dan
    2. maklum balas selanjutnya dibangkitkan dalam tempoh lima MD dari penerimaan jawapan lengkap.
  3. Menurut Rangka Kerja Serah dan Simpan bagi Produk Pasaran Modal Tidak Tersenarai (Rangka Kerja LOLA).
  4. Whitewash merujuk kepada pengecualian daripada obligasi tawaran mandatori yang timbul daripada terbitan sekuriti baharu, yang diluluskan oleh SC tertakluk kepada syarat yang ditetapkan termasuk kelulusan daripada pemegang bebas pada mesyuarat agung.
  5. Termasuk satu permohonan di mana pelanjutan masa diberikan untuk mengemukakan IAC kepada SC dan dihantar kepada pemegang sahamnya.
  6. Termasuk satu permohonan di mana pelanjutan masa diberikan untuk menghantar pekeliling dan surat penasihat bebas bagi skim berkenaan.

Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability

Enhanced Risk Governance Framework

In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.

The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).


Intensified surveillance

The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points. 

In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.


Thematic assessments

The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market. 

The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.


Joint regulatory discussions

In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.


Monitoring of various components of the capital market

The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup