Pada 2024, AOB memproses 29 permohonan untuk pendaftaran juruaudit individu yang mana satu permohonan telah ditolak kerana gagal memenuhi kriteria pendaftaran yang ditetapkan di bawah Seksyen 31P Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993.
Pada 2024, AOB memproses permohonan baharu untuk pengiktirafan terhadap Ernst & Young LLP (Singapura) dan tiga rakan kongsi firma tersebut. Pada masa ini, AOB mengiktiraf lima firma audit asing dari Singapura, Hong Kong dan United Kingdom. Secara kolektif, firma audit asing ini mengaudit lima syarikat yang diperbadankan di luar negara, yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
AOB sentiasa objektif dan tidak berat sebelah dalam melaksanakan fungsi penguatkuasaannya. Firma audit berdaftar dilayan sama rata, tanpa mengira saiz atau gabungan rangkaian mereka. Tindakan penguatkuasaan sepadan dengan keseriusan dan kesan penemuan tanpa mengira saiz firma audit.
Selanjutnya, tindakan penguatkuasaan tidak terhad kepada juruaudit individu yang terlibat dalam tugasan audit tetapi juga bertujuan untuk memastikan setiap firma audit dan kepimpinannya bertanggungjawab ke atas tingkah laku rakan kongsi individu dan prestasi tugasan mereka.