Lembaga Pemantauan Audit Laporan Tahunan 2025
Memupuk pengauditan bebas berkualiti tinggi bagi memelihara keyakinan terhadap kualiti dan keandalan penyata kewangan teraudit entiti berkepentingan awam dan kumpulan wang jadual di Malaysia.
Saya dengan sukaacitanya membentangkan Laporan Tahunan Lembaga Pemantauan Audit (AOB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Setelah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah sejak tahun 2020 dan dilantik semula sebagai Pengerusi Eksekutif pada 5 Januari 2026, ini merupakan tahun pertama saya melaporkan aktiviti pengawasan dan sorotan utama AOB.
Sorotan
SOROTAN UTAMA FUNGSI TERAS AOB PADA TAHUN 2025
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit praesent. vehicula leo diam, et dapibus urna molestie sodales.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit praesent. vehicula leo diam, et dapibus urna molestie sodales.
MENGUKUHKAN JANGKAAN PENGAWALSELIAAN
MEMPERKUKUH TUMPUAN TERHADAP PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO
HASIL PENGUATKUASAAN TERTUMPU DAN BERKESAN
RM905.5
billion
RM519.5
billion
RM4.8
billion
RM39.3
billion
Pemantauan dan Penyeliaan Juruaudit PIE dan Kumpulan Wang Jadual
Lembaga Pemantauan Audit (AOB) melaksanakan pelbagai inisiatif pemantauan dan penyeliaan bagi mengekalkan integriti dan kualiti audit yang dijalankan ke atas entiti berkepentingan awam (PIE) dan kumpulan wang jadual. Rangka kerja pengawasannya merangkumi pendaftaran/pengiktirafan firma audit dan juruaudit individu, pemeriksaan berkala serta tindakan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian audit dan etika antarabangsa.
Libat Urus Bersama Pihak Berkepentingan dan Inisiatif Pembangunan Kapasiti
Pembangunan dan pelaksanaan dasar serta tindakan pengawalseliaan memerlukan penilaian yang teliti terhadap impaknya ke atas pihak berkepentingan yang relevan. AOB berusaha mengimbangi pelbagai pandangan dalam proses membuat keputusan dengan memberi tumpuan kepada kepentingan awam. Oleh itu, adalah penting bagi AOB untuk sentiasa terlibat dalam perbincangan, memupuk kerjasama dan mendapatkan maklum balas yang membina bagi melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan. Maklum balas daripada aktiviti libat urus sebelum ini secara konsisten menunjukkan bahawa sesi-sesi tersebut memberikan pandangan bernilai serta meningkatkan penghargaan terhadap peranan penting AOB dalam memelihara kualiti audit.
Penyata
Lembaga AOB terdiri daripada Pengerusi Bukan Eksekutif, Pegawai Eksekutif, dan lima orang Ahli Bukan Eksekutif lain yang dilantik oleh SC. Ahli Bukan Eksekutif merupakan wakil daripada pengawal selia iaitu BNM dan SSM, profesion perundangan, profesion pengauditan dan sektor swasta. Pegawai Eksekutif bertanggungjawab ke atas pentadbiran harian AOB.
Pengerusi Bukan Eksekutif AOB dilantik untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun manakala Ahli Bukan Eksekutif Lembaga dilantik untuk tempoh dua tahun. Pengerusi Bukan Eksekutif dan Ahli-ahli Bukan Eksekutif layak untuk lantikan semula setelah tamat tempoh perkhidmatan mereka.