Selaras dengan usaha SC untuk menambah baik tadbir urus korporat dalam syarikat tersenarai awam (PLC) dan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit, AOB SC terlibat dengan Jawatankuasa Audit PLC setiap tahun. Sesi ini menyediakan platform bagi Jawatankuasa Audit untuk membangkitkan isu yang dihadapi apabila melaksanakan fungsi pengawasan mereka dan berkongsi amalan baik untuk menyokong kualiti audit.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.