Lembaga Pemantauan Audit (AOB) telah ditubuhkan di bawah Bahagian IIIA Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA) untuk mengawal selia juruaudit PIE dan kumpulan wang jadual untuk dan bagi pihak SC. AOB juga menjalankan pemantauan ke atas mana-mana orang yang menyediakan laporan berkaitan maklumat kewangan PIE dan kumpulan wang jadual berhubung dengan aktiviti pasaran modal.
PENDAFTARAN AOB bertanggungjawab untuk pendaftaran juruaudit PIE dan kumpulan wang jadual. Ia juga mengiktiraf juruaudit asing yang mengaudit penyata kewangan perbadanan asing yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Pendaftaran
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Pengiktirafan
PEMERIKASAAN AOB menjalankan program pemeriksaan dan pengawasan ke atas juruaudit untuk menilai tahap pematuhan juruaudit terhadap piawaian pengauditan dan etika yang terpakai di Malaysia.
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Pemeriksaan
PENGUATKUASAAN AOB memulakan prosiding penguatkuasaan dan mengenakan sekatan yang sesuai untuk ketidakpatuhan terhadap piawaian pengauditan/etika, peraturan dan undang-undang sekuriti.
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Penguatkuasaan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.