Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah sebuah badan berkanun yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.
Peranan kami merangkumi penyemakan dan penentuan terhadap sebarang pelanggaran undang-undang sekuriti.
Aduan adalah penting untuk kami membantu memantau dan mengesan sebarang salah laku atau pelanggaran undang-undang sekuriti.
Aduan juga memberikan maklumat berharga untuk kami mengenal pasti bidang yang memerlukan perhatian dan tindakan pengawalseliaan yang sewajarnya.
Kemukakan Aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Ketika memfailkan aduan anda dengan SC, sila maklum bahawa SC tidak akan menasihati anda mengenai apa yang telah kami temui selepas semakan dijalankan, kerana SC dihalang oleh undang-undang daripada mendedahkan maklumat yang diperolehi ketika menjalankan fungsi kawal selia kami.
Apa-apa tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh SC akan dimaklumkan kepada orang ramai melalui laman sesawang kami atau siaran akhbar. Sekatan ini diadakan bagi memastikan integriti proses aduan SC. SC tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan penguatkuasaan semata-mata kerana pengadu menuntut sesuatu tindakan diambil.
Berhubung dengan aduan yang melibatkan pemulangan wang, sila hubungi Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC).