Setiap laporan akan disemak dan dinilai mengikut Dasar and Prosedur yang ditetapkan oleh SC. Sekiranya maklumat tidak mencukupi atau memerlukan penjelasan lanjut, SC akan menghubungi Pemberi Maklumat. Ini adalah proses penting untuk membolehkan kami mengesahkan laporan dan mendapatkan maklumat lanjut bagi membantu kami dalam membuat penilaian.
Adalah menjadi dasar SC untuk menjaga kerahsiaan semua laporan yang diterima. Oleh itu, SC tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat sensitif yang berkaitan dengan laporan kepada mana-mana individu, melainkan sekiranya maklumat itu telah dimaklumkan kepada orang ramai dan/atau pendedahan diperlukan untuk sebarang tindakan kawal selia.
SC akan memproses dan menangani laporan yang dikemukakan dengan niat baik, dan tidak akan melayan mana-mana laporan yang remeh atau menyusahkan. Kami menganggap sesuatu laporan palsu adalah perkara yang sangat serius.