Aduan Berkaitan Perkhidmatan Pasaran Modal

Dikemaskini: 29 Jun 2020

SC ingin memaklumkan bahawa platform kami terus sedia untuk orang ramai membuat aduan dan / atau pertanyaan mengenai pasaran modal Malaysia.

Orang ramai boleh menghubungi Pejabat Pengguna dan Pelabur ("CIO") dengan:

  • Memanggil (603) 6204 8999 dari Isnin hingga Jumaat (9.00 pagi hingga 6.00 petang);
  • Menghantar e-mel ke [email protected];
  • Menulis kepada kepada:
Pejabat Pengguna & Pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
No 3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
  • Faks ke talian (603) 6204 8991
CIO akan menerima pelawat hanya dengan temu janji sahaja.
Orang ramai boleh meminta janji temu dengan menghubungi atau menghantar e-mel kepada CIO.

Untuk aduan, sila muat turun dan lengkapkan borang dan hantar ke SC.
  • Apakah jenis aduan yang diteliti oleh SC?

    • Aktiviti pasaran modal dikawal selia:
      • urus niaga dalam sekuriti;
      • urus niaga dalam derivatif;
      • unit amanah;
      • pengurusan dana;
      • khidmat nasihat kewangan korporat;
      • nasihat pelaburan;
      • perancangan kewangan; atau
      • skim persaraan swasta;
    • Seseorang yang menjalankan aktiviti dikawal selia tanpa lesen atau pendaftaran yang sah dari SC. Contohnya termasuk:
      • Mengumpul wang dari orang awam untuk pengurusan dana atau pembelian saham untuk tujuan pelaburan;
      • Menawarkan platform untuk berdagang dalam indeks, saham, pendanaan ekuiti ramai;
      • Penawaran platform untuk dagangan sekuriti atau derivatif berdasarkan nasihat automatik / strategi dagangan;
      • Individu / syarikat yang mempromosikan skim tidak berlesen menggunakan nama pengantara berlesen;
    • Tatalaku pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal ("CMSL") dan Lesen Wakil Niaga Perkhidmatan Pasaran Modal ("CMSRL");
    • Kelakuan Individu Berdaftar seperti yang ditetapkan dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, termasuk pengendali pasaran;
    • Tindakan syarikat awam tersenarai dan / atau pengarah dan pegawainya;
    • Penerbitan dan penawaran sekuriti tanpa kelulusan, pemberian kebenaran atau pengiktirafan yang sewajarnya. Contohnya termasuk:
      • Penawaran saham pra-IPO;
      • Penawaran syiling awal yang membabitkan penerbitan sekuriti;
      • Penerbitan dan penawaran sekuriti tanpa mendaftar prospektus atau dokumen penzahiran dengan SC;
      • Isu yang berkaitan dengan pengambilalihan dan penggabungan; dan
      • Sebarang kesalahan salah laku pasaran seperti manipulasi pasaran dan dagangan orang dalam, dll

  • Perkara yang perlu disertakan di dalam aduan atau pertanyaan:

    Sila berikan sebanyak mungkin maklumat berikut:
    • Nama penuh dan butiran perhubungan
    • Butiran orang yang diadukan
    • Latar belakang aduan atau pertanyaan anda
    • Salinan dokumen yang berkaitan untuk menyokong aduan atau pertanyaan mesti dilampirkan. Sila simpan dokumen asal.

  • Apakah yang berlaku selepas aduan atau pertanyaan difailkan?

    Apabila kami menerima aduan atau pertanyaan, kami akan mengesahkan penerimaan dan memberi anda nombor rujukan untuk rujukan masa depan. Semua aduan atau pertanyaan yang diterima akan dirahsiakan dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga melainkan jika diperlukan atau diarahkan untuk berbuat demikian di bawah mana-mana undang-undang.

    Kami akan menjalankan siasatan dan penilaian awal, untuk menentukan sama ada aduan atau siasatan adalah dalam bidang kuasa SC. Fokus utama semakan adalah untuk menentukan sama ada undang-undang sekuriti dipatuhi. Tiada tindakan lanjut akan diambil, sekiranya butiran yang dinyatakan dalam aduan atau pertanyaan terlalu sedikit.

    Walaupun semua aduan atau pertanyaan yang diterima mengandungi maklumat yang berguna, tidak semua perkara yang dibawa kepada perhatian SC akan berakhir dengan tindakan penguatkuasaan. Di bawah undang-undang sekuriti, SC mempunyai budi bicara untuk memutuskan tindakan yang akan diambil. Keputusan kami untuk tidak mengambil tindakan selanjutnya terhadap aduan anda tidak menjejaskan hak peribadi anda untuk mengambil tindakan undang-undang anda sendiri. Sila dapatkan nasihat undang-undang yang sewajarnya.

    Ketika memfailkan aduan anda dengan SC, sila maklum bahawa SC tidak akan menasihati anda mengenai apa yang telah kami temui selepas semakan dijalankan, kerana SC dihalang oleh undang-undang daripada mendedahkan maklumat yang diperolehi ketika menjalankan fungsi kawal selia kami.

    Apa-apa tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh SC akan dimaklumkan kepada orang ramai melalui laman sesawang kami atau siaran akhbar. Sekatan ini diadakan bagi memastikan integriti proses aduan SC. SC tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan penguatkuasaan semata-mata kerana pengadu menuntut sesuatu tindakan diambil.

    Berhubung dengan aduan yang melibatkan pemulangan wang, sila hubungi Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC).

  • Perkara yang perlu diketahui sebelum membuat pertanyaan dan/atau aduan

    1. Sekiranya pertanyaan anda adalah mengenai status pelesenan pemegang CMSL dan CMSRL kami, anda boleh mengesahkan status mereka dengan menyemak Daftar Awam Pemegang Lesen kami melalui https://www.sc.com.my/regulation/licensing/public-register-of-licence-holders
    2. Secara berkala SC mengemas kini Senarai Amaran Pelabur yang menyenaraikan individu-individu yang menjalankan aktiviti yang dikawal selia tanpa lesen. Ia juga mengandungi maklumat mengenai mereka yang mungkin disalah anggap oleh orang awam sebagai dilesenkan oleh SC. Maklumat yang terkandung pada Senarai Amaran adalah berdasarkan kepada apa yang diketahui oleh SC ketika ia dikeluarkan. Senarai tersebut tidak menyeluruh dan dikemas kini dari semasa ke semasa. Anda boleh mendapatkan Senarai Amaran melalui https://www.sc.com.my/regulation/enforcement/investor-alerts/sc-investor-alerts/list-of-unauthorised-websites-investment-products-companies-individual
    3. Sekiranya anda berurus niaga dengan pengantara/wakil peniaga berlesen kami, dan mempunyai aduan terhadapnya, sila kemukakan aduan anda dengan pengantara berlesen tersebut dan serahkan satu salinan aduan kepada SC.
    4. Sekiranya anda mempunyai pertikaian monetari terhadap seseorang pengantara berlesen atau individu berdaftar (contohnya sebuah bank), dengan jumlah tidak melebihi RM250,000, anda boleh memohon pampasan daripada SIDREC. Maklumat lanjut mengenai SIDREC boleh diperolehi melalui https://sidrec.com.my
    5. Sekiranya anda kecewa dengan tingkah laku perunding Unit Amanah atau Skim Persaraan Swasta, anda dinasihati untuk membuat aduan dengan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (“FIMM”). Maklumat lanjut mengenai FIMM boleh diperolehi melalui https://www.fimm.com.my/ 

  • Bagaimana untuk membuat aduan?
    Tajuk
    Kemaskini Terakhir
    LAST UPDATED:
    13 Feb 2018

    Sila muat turun dan lengkapkan borang pdf berikut:

    Borang Aduan (Bahasa Malaysia/Englishversion)(pdf – 277KB)
    3 January 2019

    Sila lengkapkan borang tersebut dan serahkan sebagai lampiran ke e-mel Aduan seperti dinyatakan di bawah. Borang tersebut boleh juga dihantar kepada alamat di bawah:

    Pejabat Pengguna & Pelabur
    Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
    No 3 Persiaran Bukit Kiara
    Bukit Kiara
    50490 Kuala Lumpur

    Tel: +603-6204 8999
    Faks: +603-6204 8991
    E-mel: [email protected]
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup