Aduan Ke Atas SC dan / atau Kakitangan SC

Apa-apa aduan terhadap SC dan / atau kakitangan SC, berhubung dengan pelaksanaan fungsinya, hendaklah disalurkan kepada Ketua Jabatan Pematuhan Dalaman (ICD).

Apabila membuat aduan, pengadu dikehendaki memberikan nama dan maklumat perhubungan serta nyatakan dengan terperinci butiran berkaitan dengan aduan anda.
  • Apakah maklumat yang perlu disertakan dalam aduan?

    Kami hanya boleh memproses aduan jika maklumat yang dikemukakan kepada kami tepat dan lengkap. Maklumat yang mesti dikemukakan kepada kami adalah:
    • Nama pengadu, alamat surat-menyurat dan e-mel, dan nombor telefon.
    • Nama dan jabatan orang yang diadukan dan identiti serta butiran perhubungan individu lain yang berkaitan dengan perkara tersebut, sekiranya berkaitan.
    • Butiran khusus mengenai bagaimana dan apabila isu yang diadukan terjadi
    • Sebarang maklumat lain yang berkaitan dengan perkara tersebut dan yang mungkin membantu SC dalam meneliti aduan tersebut.

    Aduan terhadap SC dan / atau kakitangan SC adalah perkara yang serius. Oleh itu, pengadu diingatkan agar memberikan maklumat yang benar dan tepat ketika membuat aduan. 

  • Apa yang berlaku setelah aduan difailkan?

    Setiap aduan akan disemak dan dinilai oleh individu atau jawatankuasa bebas. SC mempunyai Kod Kelakuan dan Prosedur Disiplin yang mantap dan kukuh yang diguna pakai dalam kes-kes salah laku.

    Ketua ICD atau individu atau jawatankuasa yang mengendalikan aduan boleh memanggil untuk bertemu dengan pengadu bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Ini adalah proses penting untuk membolehkan kami mengesahkan aduan dan mendapatkan maklumat lanjut bagi membantu kami membuat penilaian.

    Adalah menjadi dasar SC untuk menjaga kerahsiaan semua aduan yang diterima. Oleh itu, SC tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat sensitif yang berkaitan dengan aduan kepada sesiapa sahaja, melainkan jika maklumat itu telah dihebahkan kepada orang ramai dan/atau pendedahan diperlukan untuk sebarang tindakan kawal selia.

    SC akan memproses dan menangani aduan yang dibangkitkan dengan niat baik, dan tidak akan melayan mana-mana aduan yang dianggap remeh atau sengaja menyakiti mana-mana pihak. Kami menganggap pengemukaan aduan palsu sebagai perkara yang sangat serius.

  • Bagaimana untuk membuat aduan?
    Tajuk
    Kemas kini Terakhir
    LAST UPDATED:
    13 Feb 2018

    Sila muat turun dan lengkapkan borang pdf berikut:

    Borang Aduan (pdf – 128KB)
    18 Mei 2023

    Borang tersebut juga boleh difaks atau dihantar ke alamat di bawah:

    Ketua Jabatan Pematuhan Dalaman
    Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
    3 Persiaran Bukit Kiara
    Bukit Kiara
    50490 Kuala Lumpur

    Tel: +603-6204 8000
    Faks: +603-6204 8110
    E-mel: [email protected]
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup