Aliran Pelaburan

Bagi ekuiti, pelabur institusi tempatan merupakan penjual bersih dengan aliran keluar sebanyak -RM6.53 bilion pada 2022 (2021: jualan bersih bernilai -RM9.06 bilion), di samping mendapatkan aliran pembelian yang masuk dari kedua-dua pelabur asing dan pelabur runcit tempatan. Pembelian bersih oleh pelabur runcit tempatan secara relatifnya diredam dengan aliran masuk berjumlah RM2.13 bilion (2021: belian bersih bernilai RM12.21 bilion) manakala pelabur asing bertukar menjadi pembeli bersih dengan aliran masuk sebanyak RM4.40 bilion pada 2022 (Carta 1) (penjual bersih pada 2021: -RM3.15 bilion). Oleh itu, pegangan ekuiti asing meningkat kepada 20.59% setakat Disember 2022 (Carta 2) berbanding 20.41% pada 2021.

Aktiviti dagangan bon pelabur asing mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak -RM1.62 bilion pada 2022 (Carta 3) (aliran masuk bersih pada 2021: RM32.00 bilion) diterajui oleh MGS (-RM6.83 bilion). Permintaan asing untuk MGS dan Pelaburan Terbitan Kerajaan (GII) berkurangan pada 2022 ketika pendirian agresif Fed yang berterusan, dengan perbezaan yang lebih terhad antara MGS dan hasil Perbendaharaan AS, lalu mengurangkan daya tarikan bon ringgit untuk pembeli asing.

Pegangan asing dalam pasaran bon Malaysia berada pada nilai 13.19% (2021: 14.74%) setakat Disember 2022, di mana nilai tersebut jatuh di bawah purata 5 tahun sebanyak 14.07% (Carta 4). Pegangan asing paling banyak tertumpu dalam MGS (75.36%, 2021: 73.85%), diikuti oleh GII (16.29%, 2021: 17.34%), Bil Perbendaharaan Malaysia dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (2.85%, 2021: 3.07%) serta bon korporat dan sukuk (5.50%, 2021: 5.73%).

Dalam segmen pengurusan dana, pelabur asing membentuk 3.29% daripada jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) setakat Disember 2022 (Carta 5)
(2021: 2.81%). Sumber dana asing kekal kecil dalam sektor ini.

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup