Pasaran Bon

Kadar volatiliti pasaran bon global kekal tinggi sejak awal 2022 atas sebab dasar monetari yang ketat oleh bank pusat utama bagi melawan tekanan inflasi mencetuskan kebimbangan kemelesetan. Pada 2022, Rizab Persekutuan (Fed) telah menaikkan Kadar Dana Persekutuan sebanyak tujuh kali (4.25% - 4.50% pada hujung Disember 2022) dan Fed dijangkakan untuk terus menaikkan kadar sehingga keadaan inflasi terkawal.

Secara domestik, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada 3 November 2022 lalu, telah sekali lagi menyatakan bahawa walaupun trend kadar faedah semasa meningkat, pendirian dasar monetari akan diselaraskan secara wajar dan beransur-ansur untuk memastikan dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan. Kadar Dasar Semalaman (OPR) semasa pada penghujung 2022 berjumlah 2.75% dan BNM telah menaikkan OPR sebanyak empat kali pada 2022 (Mei: 1.75% hingga 2.00%, Julai: 2.00% hingga 2.25%, September: 2.25% hingga 2.50%, November: 2.50% hingga 2.75%).

Hasil MGS meningkat seiring dengan kenaikan kadar faedah global yang diterajui oleh Fed dan kenaikan kadar OPR selanjutnya oleh BNM pada 2022 (Carta 1). Di tengah-tengah kenaikan kadar yang agresif, J.P. Morgan Global Aggregate Bond Index juga mencatatkan penurunan tahunan sebanyak -15.81% setakat Disember 2022 (Carta 2).

Bon dan sukuk korporat kekal berdaya tahan. Kadar mungkir yang rendah sebanyak 0.18% (2021: 0.17%).

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup