Pelan Induk Pasaran Modal diluluskan oleh Menteri Kewangan

Kuala Lumpur, 29 Disember 2000

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengumumkan bahawa Menteri Kewangan telah meluluskan Pelan Induk Pasaran Modal (CMP).

CMP merupakan pelan komprehensif bagi menentukan posisi strategik dan hala tuju masa hadapan pasaran modal Malaysia.

Jawatankuasa Strategik Pasaran Modal (CMSC) telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan diketuai oleh Pengerusi SC, untuk memudahcarakan pembentukan CMP. CMP telah melalui satu proses perundingan yang ekstensif dan merupakan hasil usahasama antara SC dan peserta industri pasaran modal.

"Saya berasa sungguh terhutang budi dan amat berterima kasih kepada ahli-ahli CMSC, peserta industri dan pelbagai pihak lain yang telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada pembentukan CMP.

"Input dan wawasan yang mendalam yang mereka sumbangkan telah memainkan peranan penting dalam pembentukan CMP ini. Kami sedang mengadakan persediaan dan akan memperkenalkan Pelan ini kepada orang ramai pada awal tahun hadapan," kata Pengerusi SC, Encik Ali Abdul Kadir.

SC akan mengeluarkan secara rasmi maklumat terperinci CMP kepada industri pada awal tahun hadapan.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup