Senarai Terkini Sekuriti Patuh Syariah Oleh Majlis Penasihat Syariah SC 
28 Mei 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengeluarkan senarai terkini sekuriti patuh Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS). Senarai sekuriti patuh Syariah terkini yang tersenarai di Bursa Malaysia tersebut berkuat kuasa mulai 29 Mei 2009. 

Senarai terkini ini menyenaraikan 848 sekuriti yang diklasifikasikan oleh MPS sebagai sekuriti patuh Syariah. Jumlah ini merupakan 88 peratus daripada sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Tiga belas sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai patuh Syariah turut dimasukkan dalam senarai ini (Jadual 1) manakala satu sekuriti yang berada dalam senarai pada November 2008 telah dikeluarkan (Jadual 2).

Sekuriti patuh Syariah juga boleh didapati dalam semua sektor industri seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.

Pendekatan dan kriteria pengklasifikasian sekuriti serta nasihat dan bimbingan MPS mengenai penjualan sekuriti tidak patuh Syariah ada dinyatakan dalam senarai tersebut.

Senarai penuh ini, yang dikemaskinikan dua kali setahun, boleh didapati di sini. Senarai kemas kini selanjutnya adalah pada bulan November 2009. 

Senarai ini juga akan diterbitkan dalam bentuk buku dan boleh didapati secara percuma daripada SC mulai 16 Jun 2009.

SECURITIES SEKURITI PATUH SYARIAH

Jadual 1: Sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah

Bil.

Kod Stok

Nama Sekuriti

Bil.

Kod Stok

Nama Sekuriti

1.

0150

ASIA Bioenergy Technologies Bhd

8.

2186

Kuchai Development Bhd

2.

6297

Box-Pak (Malaysia) Bhd

9.

1945

PJ Development Holdings Bhd

3.

2852

Cahya Mata Sarawak Bhd

10.

5078

SILK Holdings Bhd

4.

5355

Daiman Development Bhd

11.

9865

Suiwah Corporation Bhd

5.

0149

Fibon Bhd

12.

4308

Sunway Holdings Bhd

6.

4251

I-Berhad

13.

6831

UBG Bhd

7.

5614

Integrated Logistics Bhd

     

Jadual 2: Sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti tidak patuh Syariah

Bil.

Kod Stok

Nama Sekuriti

1.

8885

Reliance Pacific Bhd

Jadual 3: Sekuriti patuh Syariah di Bursa Malaysia
SEKURITI PATUH SYARIAH DI BURSA MALAYSIA

Papan Utama / Papan Kedua / Pasaran MESDAQ

Sekuriti Patuh Syariah

Jumlah Sekuriti  1

Peratus (%) Sekuriti Patuh Syariah

Barangan Pengguna

123

132

93

Barangan Industri

282

291

97

Perlombongan

1

1

100

Pembinaan

50

52

96

Dagangan/Khidmat

167

199

84

Hartanah

76

90

84

Perladangan

38

43

88

Teknologi

99

102

97

Infrastruktur

6

7

86

Kewangan

6

41

15

Hotel

Tiada

4

Tiada

Dana Tertutup

Tiada

1

Tiada

JUMLAH

848

963

88

1 Setakat 21 Mei 2009
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup