Di samping penzahiran pembetulan tersebut, AHB juga telah mengeluarkan tawaran bagi penebusan tanpa syarat kepada semua pelabur yang telah melanggan PPM 2015 dan 2018.
Penzahiran pembetulan dan tawaran penebusan tanpa syarat tersebut boleh didapati di laman sesawang AHB. Menurut maklumat yang diberikan di laman sesawang ini, sejumlah RM814 juta telah dikumpulkan daripada PPM 2015 dan 2018. Laman sesawang itu juga menyatakan bahawa pelanggan diberi tempoh selama 21 hari dari 1 April untuk mengemukakan permohonan mereka untuk penebusan tanpa syarat itu, jika mereka ingin berbuat demikian.
Pelanggan yang tidak pasti mengenai pilihan atau hak mereka berhubung dengan perkara ini dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat kewangan profesional.