AOB mencela empat juruaudit kerana gagal melaksanakan tugas profesional
19 Ogos 2013   |   Kuala Lumpur

Lembaga Pemantauan Audit (AOB) hari ini mencela empat juruaudit kerana gagal melaksanakan tugas profesional mereka sebagaimana yang ditetapkan dalam Piawaian Pengauditan Antarabangsa. Selain itu, salah seorang daripada juruaudit itu turut didenda RM5,000 kerana melanggar undang-undang kecil Institut Akauntan Malaysia (MIA) berkaitan dengan kebebasan juruaudit.

Juruaudit-juruaudit tersebut gagal menjalankan prosedur audit seperti yang ditetapkan oleh piawaian pengauditan dalam beberapa kes, juruaudit-juruaudit itu hanya bergantung pada representasi daripada pelanggan mereka tanpa pengesahan lanjut bagi memastikan mereka mendapat bukti yang bersesuaian dan mencukupi sebagai dasar kepada pendapat audit mereka.

AOB yang ditubuhkan pada bulan April 2010 bagi menggalakkan keyakinan dalam kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit entiti berkepentingan awam, menjalankan pemeriksaan tahunan bagi memastikan firma-firma audit mematuhi peraturan Piawaian Pengauditan Antarabangsa dan undang-undang kecil MIA yang berkenaan. Butiran lanjut mengenai tindakan penguatkuasaan AOB boleh didapati disini.

“Proses pemeriksaan itu merupakan sebahagian daripada pendekatan strategik AOB bagi meningkatkan kualiti audit di Malaysia. Adalah penting bagi industri ini bekerjasama dengan pengawal selia bagi menambah baik profesion audit,” kata Nik Hasyudeen Yusof, Pengerusi Eksekutif AOB.

“Dalam masa AOB berhubung rapat dengan pihak industri untuk menambah baik kualiti audit, kami juga peka terhadap keperluan untuk menangani penyebab punca kritikalnya. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sebarang pelanggaran undang-undang yang menjejaskan atau dilihat sebagai menjejaskan kebebasan juruaudit,” tambahnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa celaan itu tidak semestinya bermakna yang penyata kewangan entiti berkepentingan awam berkenaan mengandungi sebarang kesilapan penting atau kawalan laporan kewangan mereka adalah lemah.

Nik Hasyudeen berkata, AOB menerbitkan hasil pemeriksaan tahunannya yang termasuk penyebab punca utama yang boleh mempengaruhi kualiti audit. Ini termasuklah ketidakcekapan teknikal juruaudit, tidak mengikuti perkembangan dalam piawaian perakaunan dan pengauditan, serta gagal melaksanakan skeptis profesional dalam pelbagai perkara yang merupakan perkara penting bagi menyokong kualiti kerja audit.

“Firma audit perlu melabur dalam sumber dan infrastruktur yang betul untuk menyokong amalan audit berkualiti tinggi. Firma audit juga perlu mempunyai kerangka kerja pengawasan pengawalan yang berkesan dan budaya tadbir urus kendiri yang kukuh bagi memastikan ketekalan dalam prestasi audit,” tambah Nik Hasyudeen Yusoff.


LEMBAGA PEMANTAUAN AUDIT

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup