Siew Yee didapati telah menyampaikan maklumat dalaman kepada bapa saudaranya, Fong Chiew Hean pada 5 September 2009, yang kemudiannya memperoleh 891,000 unit saham 3A. Fang sendiri turut memperoleh 2,720,000 unit saham 3A melalui akaun Tan Bee Geok dan Fang Chew Ham melalui akaun pihak ketiga antara 7 September dan 5 Oktober 2009.
Maklumat dalaman tersebut adalah berkaitan dengan cadangan usaha niaga kolektif antara perniagaan 3A dan Wilmar International Limited (Wilmar) yang membabitkan penempatan tertutup sebanyak 20% modal saham terbitan dan berbayar 3A kepada Wilmar. Pada ketika itu, Fang merupakan Pengarah Eksekutif 3A dan dia telah mewakili 3A dalam beberapa siri mesyuarat dan rundingan dengan Wilmar berhubung cadangan usaha niaga kolektif tersebut.
Fong Chiew Hean, Tan Bee Geok dan Fang Chew Ham yang dikenakan pertuduhan bersama Siew Yee pada 2016, sebelum ini telah mengaku bersalah. Maklumat mengenai kedua-dua kes boleh
didapati di sini di laman web SC.