BNM, SC Selaraskan Keutamaan Strategik dalam Memajukan Kepimpinan Kewangan Islam Global Malaysia

Kuala Lumpur, 23 Jun 2026

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) semalam telah melangsungkan mesyuarat sulung Panel Penasihat (MAP) Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC).

MAP, platform nasihat dan perundingan antara agensi, telah ditubuhkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pasaran global terkemuka dan pintu masuk antarabangsa untuk kewangan Islam.

Pada mesyuarat tersebut, ahli-ahli membincangkan peranan utama MAP untuk:

  • Menyediakan Panduan Strategik: Memperhalusi dan menyokong keutamaan strategik Rangkaian Perniagaan MIFC (MBN), platform yang dipimpin oleh industri bertujuan untuk memperkukuh agenda kewangan Islam antarabangsa Malaysia dan usaha pembangunan perniagaan;
  • Menyelaraskan Keutamaan Negara: Memastikan inisiatif yang dipimpin industri mempunyai sumber yang mencukupi dan sejajar dengan strategi ekonomi negara yang lebih luas;
  • Memajukan Hasil Perniagaan: Membincangkan cabaran industri dan menyediakan cadangan yang boleh diambil tindakan untuk memangkin pertumbuhan yang lebih kukuh; dan
  • Memanfaatkan Peluang Global: Memanfaatkan pandangan kolektif untuk meningkatkan penyertaan antarabangsa dan kerjasama rentas sempadan.

MAP menyatukan agensi-agensi utama kerajaan, badan kawal selia dan peneraju industri, dalam memastikan pendekatan yang holistik untuk memajukan agenda MIFC.

Dipengerusikan bersama oleh BNM dan SC, MAP terdiri daripada wakil daripada:

  1. Kementerian Kewangan
  2. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
  3. Bursa Malaysia
  4. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  5. Khazanah Nasional Berhad
  6. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
  7. Permodalan Nasional Berhad
  8. Lembaga Tabung Haji
  9. Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan
  10. Tan Sri Azman Mokhtar (Business Envoy)
  11. Tan Sri Abdul Wahid Omar (Business Envoy)

Penubuhan MAP bertepatan dengan peralihan rasmi Majlis Kepimpinan MIFC (MLC) ke dalam MBN. Evolusi ini menandakan peralihan ke arah pengawasan yang lebih besar yang dipimpin oleh industri, disokong oleh kerjasama erat antara sektor awam dan swasta.

Berteraskan asas yang didirikan oleh MLC, MBN akan memacu dan melaksanakan keutamaan strategik untuk membuka peluang perniagaan untuk Malaysia. Bagi mempercepatkan momentum ini, panduan dan sokongan MAP akan memainkan peranan penting dalam memangkinkan pertumbuhan Malaysia dan mengukuhkan kedudukannya sebagai hab kewangan Islam yang terhubung secara global.

BANK NEGARA MALAYSIA
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup