Pelantikan tersebut akan berkuat kuasa pada 24 Jun 2014, bagi tempoh selama dua tahun. Datuk Siti Hadzar, pengarah berkepentingan awam FIMM sejak 2011, mengambil alih jawatan Pengerusi daripada Encik Abdul Kadir Kassim.
Datuk Siti Hadzar memegang ijazah Ekonomi Analitik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam Ekonomi Pembangunan dari Williams College, US.
FIMM ditubuhkan pada tahun 1993 untuk membangunkan industri pengurusan pelaburan dan mempromosi unit amanah sebagai instrumen pilihan bagi pelaburan. Ia diperakui oleh SC sebagai Organisasi Swaatur pada tahun 2011.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA