Garis Panduan tersebut pada awalnya telah dikeluarkan pada Ogos 2023 bagi membolehkan entiti pasaran modal memahirkan diri dengan amalan pengurusan risiko, yang kini berkembang melangkaui keselamatan siber termasuk antara lain, risiko teknologi.
Garis Panduan yang disemak semula itu menekankan kepentingan mengukuhkan kebolehpercayaan operasi, keselamatan dan daya tahan terhadap gangguan teknologi. Ia juga menetapkan jangkaan SC mengenai amalan pengurusan risiko yang akan diterima pakai oleh industri.
Isi kandungan utama yang diliputi Garis Panduan termasuklah proses 'pengurusan perubahan', penyedia perkhidmatan pihak ketiga, keperluan pelaporan, audit teknologi, pengawasan lembaga dan akauntabiliti terhadap risiko teknologi.
Insiden CrowdStrike baru-baru ini telah mencerminkan kelemahan infrastruktur digital dan kesan secara meluas yang boleh dialami terhadap organisasi. Ia juga menekankan kepentingan peraturan seperti Garis Panduan dalam memperkukuh amalan daya tahan operasi.
Sehubungan dengan kejadian tersebut, penting bagi semua entiti pasaran modal memahami kepentingan mematuhi Garis Panduan ini. Demikian bukan sahaja dapat melindungi daripada risiko teknologi serta-merta, tetapi juga membina landskap teknologi yang berdaya tahan, selamat dan beretika untuk masa hadapan.
Inisiatif ini menggariskan usaha berterusan SC untuk mengukuhkan pasaran modal Malaysia dan keyakinan pelabur.
SC telah mengemas kini pelbagai garis panduan yang berkaitan hari ini berikutan pelaksanaan Garis Panduan tersebut. SC juga telah menyediakan senarai Soalan Lazim yang dikemas kini pada Garis Panduan untuk memberikan penjelasan lanjut kepada entiti pasaran modal. Senarai Soalan Lazim boleh didapati di
sini Garis Panduan yang disemak boleh didapati di sini
https://www.sc.com.my/regulation/guidelines/technology-risk.