Kadar kelulusan IPO 100 peratus dalam Q4

Kuala Lumpur, 17 Januari 2008

Suruhanjaya Sekuriti (SC) meluluskan kesemua 12 cadangan tawaran awam awal (IPO) yang dipertimbangkan dalam suku tahun terakhir 2007. Kadar kelulusan 100 peratus ini adalah yang tertinggi direkodkan dalam mana-mana suku tahun bagi tahun-tahun lepas.

Dengan angka terakhir suku tahunan ini, sejumlah 26 IPO telah diluluskan bagi tahun 2007, iaitu sembilan bagi Papan Utama, 13 bagi Papan Kedua, dan empat bagi pasaran MESDAQ.

Secara keseluruhannya, perbandingan tahun-ke-tahun menunjukkan terdapatnya peningkatan yang ketara dalam bilangan cadangan korporat yang diluluskan oleh SC, 368 pada tahun 2007 berbanding 292 pada tahun 2006.

Tahun 2007 merupakan tahun yang aktif bagi penjanaan modal dengan bilangan kelulusan bagi cadangan seumpama itu meningkat naik hampir 60 peratus berbanding pada tahun 2006, dan ini disebabkan oleh prestasi kukuh pasaran pada tahun lepas sebagaimana yang digambarkan dalam IKKL dan nilai keseluruhan pasaran syarikat yang tersenarai di bursa saham.

SC mengekalkan standard prestasi kukuhnya dengan 97 peratus permohonan pelesenan dan 96 peratus cadangan korporat yang diproses dalam piagam masa.

Statistik pelesenan SC menunjukkan bahawa bilangan pengantara pasaran modal terus tumbuh stabil dengan sejumlah 172 wakil dan 11 syarikat pengantara yang baru berlesen, memasuki industri dalam tiga bulan terakhir tahun 2007.

Statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC meliputi maklumat mengenai proses, kelulusan dan penolakan cadangan, termasuk masa dan sebab. Selain petunjuk kad skor tersebut, statistik suku tahunan cadangan, yang diluluskan oleh SC bagi suku tahun keempat 2007 juga turut dilaporkan.

Siri penuh statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC disertakan di sini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup