Perintah tersebut, yang diperoleh di bawah seksyen 360 CMSA, melarang Wong, ibunya Teh Sew Wan dan sebuah syarikat yang mereka miliki, WSK Holdings Sdn Bhd, daripada berurusan dengan aset dan hartanah yang bernilai sehingga RM169,223,500.00. Ketika mengeluarkan Perintah tersebut, Pesuruhjaya Kehakiman Anand Ponnudurai juga menghendaki ketiga-tiga defendan untuk mendedahkan dengan penuh, lengkap dan tepat, akaun-akaun bagi aset-aset tersebut, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
Perintah ini akan mengikat semua defendan dan juga menghalang mana-mana individu dengan sengaja membantu atau membenarkan apa-apa urusan dengan aset dan hartanah defendan. Menurut syarat-syarat Perintah tersebut, bank-bank tidak dibenarkan melaksanakan hak untuk mengenepikan mana-mana kemudahan yang telah mereka berikan kepada defendan.
Mahkamah Tinggi kemudiannya memerintahkan bahawa ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, pelaksanaan Perintah ke atas kesemua defendan ini adalah dianggap sah sekiranya ia diiklankan di dalam surat khabar berbahasa Inggeris.
Salinan perintah sementara WA-22NCC-171-05/2020 yang dikeluarkan oleh Bahagian Komersial Mahkamah Tinggi KL pada 8 Mei 2020
boleh didapati di sini.