Permohonan Dibuka: Program Felo di Pusat Pengajian Islam Oxford
4 Mei 2021  |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mempelawa para sarjana yang berhasrat untuk menyertai Program Felo Sarjana Tamu (SIR) ke-10 di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) UK, bagi tahun akademik 2021/22 .
Program ini, sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik antara SC dan OCIS, adalah terbuka kepada ahli akademik atau pengamal industri yang berpengalaman luas dalam bidang kewangan Islam dan/atau disiplin yang berkait rapat, dan yang mampu mempamerkan kebolehan untuk menjalankan penyelidikan gunaan secara bebas.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Jun 2021. Klik di sini untuk memohon.

Pemohon yang berjaya dijangka akan memulakan program tamu selama satu tahun akademik di OCIS mulai Oktober 2021, untuk menjalankan penyelidikan gunaan mengenai isu-isu kontemporari yang berkaitan dengan pasaran modal Islam.

Di samping menjalankan penyelidikan, sarjana terpilih juga sesekali dikehendaki menyampaikan syarahan dan mengadakan seminar, terlibat dalam kajian kolaboratif, dan menyumbangkan tenaga kepada institusi berkaitan.

Program SIR yang dimulakan pada 2012 telah mendapat sambutan baik di seluruh dunia. Ia menarik minat para sarjana yang terdiri daripada ahli akademik dan pengamal industri dari Malaysia, Eropah, Timur Tengah dan benua Amerika.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan SC untuk memacu pembangunan pasaran modal Islam di peringkat global, dengan kepemimpinan pemikiran sebagai tonggak utama.

Untuk butiran lebih lanjut mengenai Program SIR, sila layari bahagian `Visiting Fellowship’ di laman web OCIS di www.oxcis.ac.uk

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup