Skim-skim ini biasanya memberi jaminan pulangan atau keuntungan yang tinggi kepada pelabur, tanpa sebarang atau risiko pelaburan yang sedikit. Pelabur perlulah mengesahkan skim-skim tersebut sekiranya terdapat dakwaan bahawa ianya berasal dari luar negara.
Menurut undang-undang, tawaran bon kepada orang awam di Malaysia memerlukan kelulusan SC. Untuk maklumat bon-bon yang telah diluluskan oleh SC, pelabur dinasihatkan agar menyemak laman sesawang SC
www.sc.com.my. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian
03-62048999, [email protected] atau melalui alamat berikut:
Hal Ehwal Pelabur dan Pengaduan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara 50490 Kuala Lumpur
Faks: 603-6204 8991
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA