Surat dan e-mel penipuan ini dipercayai berkait dengan skim pelaburan haram yang meminta bayaran daripada pelabur, kononnya bagi pihak SC. Terdapat juga dakwaan oleh penipu yang menyamar sebagai pihak SC untuk memperdaya mangsa mempercayai bahawa mereka akan dapat memulihkan kerugian yang dialami dengan sesuatu "bayaran".
SC ingin menyatakan bahawa ini adalah representasi palsu.
Sebagai badan kawal selia, SC tidak mengendors sebarang skim pelaburan atau meminta wang daripada orang ramai dalam kapasiti sedemikian.
SC memandang serius perkara ini.
SC telah mengambil langkah segera berhubung perkara itu, termasuk memfailkan laporan polis. Di mana berkaitan, ia telah menambah entiti yang terlibat pada Senarai Makluman Pelaburnya di
https://www.sc.com.my/investor-alert-list.
SC ingin menggesa orang ramai supaya berhati-hati dan mengesahkan sebarang tawaran pelaburan melalui Investment Checker SC di
www.sc.com.my/investment-checker.Jika anda menerima sebarang permintaan untuk pembayaran yang mendakwa mereka daripada SC atau merupakan kakitangan SC, sila hubungi Pejabat Pengguna dan Pelabur SC di
[email protected] atau hubungi 03 - 6204 8999 untuk mengesahkan atau melaporkannya.