SC-UiTM Contemporary Art Show
Tarikh : 29 Oktober – 1 November 2012
Masa : 9.30 pagi hingga 4.00 petang
Lokasi : Bangunan SC, 3 Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490
Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bergabung menganjurkan pameran SC-UiTM Contemporary Art Show yang bertujuan untuk mempromosikan artis-artis kontemporari tempatan, pada masa yang sama mengumpul dana untuk Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa, UiTM.
Inisiatif Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), UiTM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia merupakan sebahagian dari aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang diusahakan oleh SC untuk menggalakkan perkembangan seni kontemporari, terutamanya oleh pelukis-pelukis baru muncul di Malaysia. Sebahagian dari hasil jualan pameran ini akan disumbangkan kepada Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa untuk membantu pelajar lepasan SPM yang kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian mereka di UiTM.
Pameran ini memaparkan karya-karya dari 22 artis tempatan; Awang Damit Ahmad, Suzlee Ibrahim, Kalsom Muda, Jamil Mat Isa, Khalil Amran, Ruzaika Omar Basaree, Faizal Suhif, Alias Yusoff, Jamil Zakaria, Azman Hilmi, Farif Jalil, Rose Dahlina, Nik Ridzuan, Safwan Ahmad, Hashim Hassan, Fadilah Abdullah, Khairul Zikri, Mumtaz Mokhtar, Nadya A. Kamal, Noriza Arzain, Shaydenaim dan Rizal Salleh, kesemuanya alumni Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM.
Orang ramai dijemput hadir untuk menghayati keindahan seni visual dan memurnikan pameran amal ini yang mengambil tempat di Bangunan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Kemasukan ke pameran adalah percuma yang akan berlangsung selama 4 hari bermula dari 29 Oktober hingga 1 November 2012.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi Nurul Muzamel di talian 012-942 9902 atau Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah, GESTURZ, di talian 03-5521 1402, 1403,1406, ataulaman web http://artgallery.uitm.edu.my.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA