Berkuat kuasa 4 Mei 2020, penerbit produk, Pengendali Pasaran yang Diiktiraf, individu yang menjalankan aktiviti yang dikawal selia dan penyedia perkhidmatan pasaran modal tidak lagi dikehendaki mengemukakan bahan-bahan pengiklanan mereka kepada SC, dengan syarat mereka memenuhi keperluan yang ditetapkan dalam Garis Panduan tersebut.
Garis Panduan baharu ini memberi lebih kelonggaran kepada para pengiklan dalam menggunakan platform pengiklanan yang lebih meluas, termasuk media sosial, aplikasi pesanan dan penstriman video untuk mempromosi produk dan perkhidmatan mereka.
Pengiklan adalah diingatkan agar sentiasa mengemukakan maklumat yang jelas, adil dan seimbang kepada pelabur dan memastikan bahasa dan kaedah penyampaian iklan tidak mengelirukan atau memperdaya pelabur.
Garis Panduan baharu tersebut menggantikan Garis Panduan sedia ada,
Guidelines on Unit Trust Advertisements and Promotional Materials dan menggantikan klausa-klausa tertentu di bawah
Guidelines on Private Retirement Schemes,
Prospectus Guidelines, dan
Guidelines on Compliance Function for Fund Management Companies.
Para pengiklan yang tertakluk kepada Garis Panduan yang telah digantikan tersebut perlu memastikan iklan dan kempen promosi mereka sekarang mematuhi Garis Panduan yang baharu. Pengiklan lain yang kini tertakluk kepada Garis Panduan baharu akan diberi tempoh tangguh selama tiga bulan untuk membiasakan diri dan mematuhi Garis Panduan tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang SC
https://bit.ly/3c4qN8m. Sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai Garis Panduan baharu tersebut boleh dikemukakan kepada
[email protected].