SC Lancar SARANA bagi Meluaskan Pilihan Pembiayaan untuk PMKS dan Kontraktor Kecil
Sembilan Operator P2P Ditawarkan

Kuala Lumpur, 27 Januari 2025

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan SARANA, skim pembiayaan alternatif yang ditawarkan oleh sembilan pengendali platform pembiayaan antara rakan setara/peer-to-peer financing (P2P) berdaftar SC di bawah sistem e-perolehan Kerajaan.

Berkuat kuasa serta-merta, pilihan pembiayaan alternatif ini bertujuan untuk menangani keperluan modal Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), dan kontraktor kecil yang menyertai kontrak Kerajaan di bawah skop bekalan, perkhidmatan atau kerja.

SARANA menawarkan dua pilihan pembiayaan utama, iaitu:
  • Pembiayaan invois, yang menyokong penghantaran aliran tunai selepas kontrak; dan
  • Pembiayaan untuk pelaksanaan kontrak (pra-pembiayaan), untuk memenuhi keperluan modal kerja awal kontraktor sebelum sesuatu projek dilaksanakan.

Pengendali platform P2P yang mengambil bahagian adalah seperti berikut:
  1. Bay Smart Capital Ventures Sdn Bhd*
  2. B2B Finpal Sdn Bhd
  3. Capsphere Services Sdn Bhd*
  4. Crowd Sense Sdn Bhd*
  5. P2P Nusa Kapital Sdn Bhd*
  6. FBM Crowdtech Sdn Bhd
  7. MicroLEAP PLT*
  8. Modalku Ventures Sdn Bhd*
  9. Moneysave (M) Sdn Bhd*

*Nota: Menawarkan pembiayaan Syariah.

Dengan sokongan Kerajaan untuk pembiayaan P2P seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawana 2025, SARANA menyediakan alternatif yang berdaya maju untuk merapatkan jurang pembiayaan kritikal, terutamanya bagi syarikat yang menghadapi cabaran dalam menilai pembiayaan tradisional.

Inisiatif untuk membolehkan capaian kepada pasaran modal melalui pengendali platform P2P ini juga selaras dengan Pemangkin Akses PMKS dan MTC SC ke Pasaran Modal: Pelan Hala Tuju 5 Tahun (2024-2028).

Sejak pengenalan rangka kerja kawal selia P2P oleh SC pada tahun 2016, pengendali platform P2P berdaftar telah memainkan peranan penting dalam menangani keperluan pembiayaan syarikat yang diperbadankan tempatan. Sehingga 30 September 2024, pembiayaan P2P telah mengumpul sejumlah RM7.9 bilion.

Untuk maklumat lanjut tentang SARANA, layari www.sc.com.my/sarana.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup