SC Memantau Rapi Pasaran Ekoran Masalah Teknikal

Kuala Lumpur, 3 Julai 2008

Suruhanjaya Sekuriti (SC) sedang berhubung rapat dengan Bursa Malaysia ekoran masalah teknikal dalam sistem dagangan yang membawa kepada penutupan pasaran saham pagi ini.

Bursa memberi jaminan kepada SC bahawa mereka sedang berusaha untuk memulihkan keadaan secepat mungkin. Sambil itu, di bawah pelan kontingensi Bursa, sistem sokongan sedang beroperasi dan dagangan akan berjalan semula dalam sesi dagangan kedua (2.30­-5.00 petang).

SC akan terus memantau perkembangan secara teliti bagi mengekalkan integriti pasaran pada setiap masa.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup