SC Menjemput Maklum Balas Daripada Pihak Awam Bagi Kertas Rundingan Dagangan Elektronik
Kuala Lumpur, 21 March 2000
Suruhanjaya Sekuriti (SC) menjemput orang awam untuk memberi maklum balas ke atas kertas rundingan "Rangka Kerja Untuk Pelaksanaan Dagangan Elektronik (EC) dalam Pasaran Modal".
Kertas rundingan tersebut, yang diedarkan hari ini, merupakan satu langkah penting dalam usaha untuk merumus rangka kerja yang teratur dan cekap untuk pelaksanaan dagangan elektronik dalam pasaran modal.
Bagaimana Mendapatkan Kertas Rundingan
Peserta industri dan orang awam boleh mendapatkan kertas tersebut dari laman web SC di http://www.sc.com.my. Kertas rundingan tersebut boleh juga didapati daripada:
Perkhidmatan Korporat Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) 3 Persiaran Bukit Kiara 50490 Kuala Lumpur
Tel : 603-6548667 / 8669
Penyerahan komen-komen
Semua komen hendaklah diserahkan kepada SC selewat-lewatnya 21 April 2000 melalui:
Pos: Rangka Kerja untuk Pelaksanaan Dagangan Elektronik dalam Pasaran Modal Jabatan Pembaharuan Undang-undang dan Dasar Pengawalseliaan Suruhanjaya Sekuriti No 3 Persiaran Bukit Kiara Bukit Kiara 50490 Kuala Lumpur
Faksimili: 603-6515101
Kertas rundingan ini merupakan susulan daripada kertas awam SC sebelum ini yang bertajuk "Kertas Perbincangan EC dan Pasaran Modal Malaysia - Cabaran Pengawalseliaan dan Pembangunan" yang diedarkan pada tahun 1997.
Kertas rundingan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian 1 yang menyatakan objektif, latarbelakang dan skop kertas rundingan tersebut, Bahagian 2 merangkumi prinsip-prinsip di mana EC akan dibangunkan dalam pasaran modal manakala Bahagian 3 membentangkan isu-isu dan cadangan-cadangan untuk membantu dan mengatasi halangan pelaksanaan EC.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.